Alam & Sains 29 Aug, 2021

Seorang warga emas maut! Empat kanak-kanak cedera! Diserang sekumpulan monyet liar mengganas!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KUMPULAN monyet liar berada di halaman rumah penduduk kampung di Desa Kacok Kacamatan Palengaan, Jawa Timur. - Kredit foto: Merdeka.com


SEORANG warga emas maut dan empat orang kanak-kanak cedera apabila sekumpulan monyet liar menyerang serta mengigit mangsa di Desa Kacok dan Rek Kerrek, Kacamatan Palengaan, Kabupaten  Pamekasan, Jawa Timur dalam tempoh dua bulan lalu.  

Kehadiran sekumpulan monyet liar itu yang terdiri empat ekor dan dua daripadanya amat ganas telah membimbangkan warga desa terbabit kerana haiwan itu bukan sahaja menyerang penduduk kampung tetapi merosakkan tanaman mereka


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan monyet


SEKUMPULAN monyet liar yang sering mengganggu penduduk kampung di Desa Kacok dan Rek Kerrek. - Kredit foto: Kompas.TV


Memetik laporan CNN Indonesia pada 24 Ogos 2021, Ketua Desa Kacok, Baihaqi menyatakan empat kanak-kanak yang menjadi mangsa monyet liar itu ialah pelajar sekolah dan mereka terpaksa dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan perubatan. 

Katanya, haiwan ganas itu turut mengigit warga emas berkenaan yang meninggal dunia itu kemungkinan juga berserta faktor usia yang tua dan tubuh badan yang lemah.

Sehingga kini, kata Baihaqi, warga desa terbabit sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran kumpulan haiwan itu yang biasa memasuki perkampungan mereka terutama pada waktu petang.

``Kumpulan monyet liar itu belum hilang lagi di perkampungan kami dan kadang-kadang ia muncul di halaman rumah dan kandang haiwan ternakan pada waktu sore, tetapi pada waktu pagi haiwan itu tidak kelihatan.  

``Kira-kira dua bulan lalu, kumpulan monyet liar itu tidak membimbangkan kami kerana tidak menyerang serta mengganggu kami tetapi sekarang haiwan itu sering mengancam penduduk kampung,’’ katanya. 


PEMBURU burung berjaya menembak seekor monyet liar (bulatan merah) di Desa Kacok, Kabubapen Palengaan pada 24 Ogos 2021. - Kredit foto: m.rri.co.id 


Ketua Polis Daerah Palengaan, Iptu Sri Sugiarto memberitahu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan untuk mengatasi masalah haiwan liar itu yang menakutkan penduduk setempat.

Beliau berkata, tim berkenaan terdiri penduduk setempat dan pemimpin masyarakat untuk mengawasi pergerakan haiwan ganas itu di beberapa lokasi tertentu.

Sementara itu, dipetik laporan m.rri.co.id pada 25 Ogos 2021 menjelaskan bahawa seekor monyet daripada kumpulan haiwan itu berjaya dibunuh pada petang 24 Ogos 2021 oleh sekumpulan  pemburu burung dengan menggunakan dua senapang angin serta seekor monyet pemeliharaannya sebagai umpan.

Kumpulan pemburu itu dikatakan mengambil masa kira-kira sejam untuk menembak seekor monyet yang ganas yang selalu menakutkan masyarakat di situ.

``Mereka menembak dua das pada kera itu dan haiwan itu lumpuh lalu mereka memukulnya sehingga ia mati,’’ katanya. - KitaReporters


SEBAHAGIAN petugas yang dilantik untuk mengawasi pergerakan tiga monyet kera liar lagi yang masih ada. - Kredit foto: m.rri.co.id

0
0
1
0
0
You will be interested