Dunia Canggih 01 Aug, 2020

Mula-mula hobi! Bekas tentera penternak ayam kampung berjaya

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

BERMULA hanya sebagai hobi mengisi masa lapang selepas bersara sebagai anggota tentera, kini Rosdi Ali, 47, bekas Pegawai Waran 2, semakin serius dalam ternakan ayam kampung yang diceburi sejak setahun lalu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu, Kelantan. : KitaReporters

Rosdi Ali dan Ruslina Ramli bergading bahu menguruskan ternakan ayam kampung mereka.


Lagi cerita-cerita dari Kelantan:

https://kitareporters.com/search?search=kelantan


Selepas berkhidmat selama 22 tahun dalam Batalion 9 RAMD (Para) di Kem Terendak, Melaka, beliau bersara pada tahun 2017 dan mengambil inisiatif mengikuti kursus ternakan ayam kampung di Institut Unggas Melaka selama seminggu. 

Sebaik sahaja kembali menetap di kampung halaman, beliau melakukan pelbagai kerja kampung bagi mencari sumber pendapatan sampingan, termasuk membuka stor untuk membaiki dan membuat perabot seperti kabinet dapur, bagaimana pun menternak ayam kampung lebih berjaya.

Rosdi memanfaatkan tanah lapang di belakang rumahnya, dari 20 anak ayam kampung yang diternak, kini beliau mampu menternak antara 300 dan 400 ayam kampung bagi tempoh empat bulan dan setakat ini sudah memasarkan lebih 1,000 ayam kampung.

Rosdi dan isteri menunjukkan contoh ayam kampung yang boleh mula dipasarkan. 


Ayam kampung yang diternak itu akan dijual selepas mencapai berat satu kilogram atau satu setengah kilogram dengan harga pasaran tempatan RM12.50 sekilogram. Beliau juga menjual anak ayam kepada penternak yang turut terbabit dalam industri ternakan ayam kampung.

Beliau berkata, dengan menggunakan sistem reban terbuka iaitu selepas menetas anak ayam di letakkan dalam reban induk tiruan selama sebulan hingga dua bulan sebelum dilepaskan semula bagi proses pembesaran dalam reban terbuka berkenaan untuk tempoh empat bulan.

Rosdi menunjukkan anak ayam kampung yang baru menetas akan dilepaskan dalam reban induk tiruan untuk selama sebulan hingga dua bulan.


Apabila mencapai berat yang dikehendaki ayam itu di pasarkan secara runcit ke pasar dan kedai makan selain jualan terus kepada mereka yang datang sendiri ke reban. Pada musim cuti permintaan meningkat apabila banyak kedai makan menyediakan menu masakan ayam kampung.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan itu dia terpaksa menghentikan seketika pemasaran ayam itu sebaliknya lebih menumpukan kepada kerja-kerja memperbaiki dan membersih reban.

Anak Rosdi, Muhammad Adam Aiman, 14, turut membantu beliau memberi makan ayam kampung setiap petang.


Menurutnya, apabila masuk fasa ketiga PKP barulah dia berani menguar-uarkan semula pasaran ayam kampung itu khusus kepada pemilik kedai makan, manakala sesetengah individu datang sendiri ke reban untuk mendapatkan bekalan.

Rosdi yang dibantu oleh isterinya, Ruslina Ramli, 39, turut merancang untuk membesarkan ternakan ayam kampung itu ke peringkat lebih besar dan lebih komersial di tanah miliknya di Pasir Mas, dengan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk mesin memproses sebaik sahaja ayam itu disembelih.

Rosdi sentiasa memeriksa ayam kampung yang diternaknya supaya sentiasa sihat sebelum dipasarkan. 


Sekarang ini ayam yang ditempah pelanggan akan disembelih sendiri oleh beliau dan dihantar ke tempat memproses ayam untuk membersihkan bulu sebelum dihantar terus ke pasar atau kedai makan,  dan ke rumah penduduk yang membuat tempahan.

“Dengan adanya kawasan reban yang lebih besar saya akan melakukan sendiri kerja-kerja membersih ayam itu dan proses berkenaan akan mempercepatkan lagi kerja penghantaran kepada pelanggan.

“Saya juga boleh memasarkan dengan jumlah yang lebih banyak anak ayam kampung kepada penternak lain kerana permintaan ayam kampung juga semakin meningkat,” katanya. - KitaReporters

You will be interested

Bomba dah bersiap siaga! Ops penyelamatan di dalam terowong

Ekoran pembukaan semula terowong di Sungai Lembing untuk kegunaan aktiviti pelancongan, bomba Pahang telah mengadakan siri latihan menyelamat di dalam terowong

PUBG Mobile Pro League MY/SG 2020 kembali! Bagi musim kedua!

KEJOHANAN PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG 2020 kembali bagi musim kedua mulai 9 Ogos hingga 27 September 2020. Berentap bagi merebut hadiah terkumpul RM628k
Editor KitaReporters in Dunia Canggih 1 day ago

Beirut musnah! Kenali ammonium nitrat punca utama letupan!

Ammonium nitrat yang dihasilkan dalam bentuk butir adalah baja paling banyak digunakan dunia. Ia juga bahan utama dalam proses letupan untuk menggali mineral
Zul Akmar Jamaludin in Dunia Canggih 1 day ago

Kitar semula! Bina rumah guna plastik botol minuman terpakai

Pencinta alam sekitar dari Kanada, Robert Bezeau berjaya membina sebuah rumah daripada kitar semula botol minuman terpakai di Isla Colon Bocas del Toro, Panama
Zuhayati Yazid in Dunia Canggih 4 days ago

Malay Town buka peluang! Usahanita IKS melebarkan pasaran!

Malay Town Jalan Pekeliling Kuala Lumpur menerima transformasi apabila 55 usahanita penjaja dan ibu tunggal dari Sepang berminat untuk membuka perniagaan mereka
Rosdi Ismail in Dunia Canggih 5 days ago