Alam Canggih 25 Apr, 2021

Video| Kusiku: Inovasi kerusi tanpa kaki! Ambil kira aspek ergonomik dengan reka bentuk terkini

@rahana md
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

Silla, kerusi tanpa kaki yang sesuai dihadiahkan kepada ibu bapa dan keluarga untuk keselesaan aktiviti duduk walau di mana berada. 


KEDATANGAN bulan Ramadan al-Mubarak sangat dinantikan kerana setiap ibadat yang dilakukan sepanjang bulan ini dijanjikan ganjaran yang berganda. Justeru, ramai yang mengambil kesempatan membaca kitab suci al-Quran dan berzikir lebih daripada tempoh kebiasaan.

Lazimnya aktiviti bertadarus di hadapan guru atau membaca secara bersendirian, posisi duduk di atas lantai yang paling selesa dilakukan. Bagaimana pun duduk dalam jangka masa yang lama menyebabkan bahagian punggung dan pinggang berasa lenguh dan kaki juga berasa kebas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerusi


Mohd. Basri Ramli, pengasas KusiKu  mengambil masa selama setahun untuk mereka cipta inovasi kerusi tanpa kaki ketika ditemui di Bangi, Selangor baru-baru ini. 


Daripada pengalaman dan pemerhatian tersebut telah mencetuskan idea kepada seorang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Mohd. Basri Ramli, 59, untuk menghasilkan kerusi tanpa kaki melalui syarikat miliknya MB Solution (M) Sdn Bhd di Bangi, Selangor.

“Bila disebut kerusi tanpa kaki, ramai membayangkan ia kerusi biasa yang dipatah atau dicabut kakinya dan letakkan di lantai. Hakikatnya kerusi yang berkaki tidak boleh sesuka hati dibuang kakinya kerana apabila duduk di atasnya bertambah tidak selesa malah bila bersandar boleh mengakibatkan terlentang dan mendatangkan kecederaan.

“Kerusi tanpa kaki yang saya hasilkan berjenama buatan Malaysia ini mempraktikkan aspek ergonomik dengan reka bentuk inovasi. Ia mementingkan penjagaan sokongan kesihatan  dengan pemilihan material boleh lentur. Diperbuat daripada bahan 100 peratus poliproilena yang dijamin berkualiti.

“Reka bentuknya cembung iaitu melengkung ke atas  iaitu dibahagian kiri, kanan, depan dan belakang kerusi untuk mengelak kaki  lenguh dan kebas. Bahagian sandar belakangnya juga direka khas untuk mengelak daripada terbalik ,” katanya ketika ditemui.


Silla daripada Kusiku International Sdn Bhd merupakan inovasi kerusi tanpa kaki yang sesuai digunakan untuk aktiviti duduk seperti mengaji al-Quran kerana menyokong postur tulang belakang.  


Berjenama Kusiku dan dipasarkan melalui anak syarikatnya Kusiku International Sdn Bhd sejak 2018, ia merupakan pencapaian terbaiknya selepas lebih 33 tahun menceburi pelbagai bidang perniagaan.

“Saya berada dalam industri perniagaan ini sejak tahun 90-an dengan pelbagai pengalaman jatuh dan bangun. Antaranya membuka pasar raya di Perak dan mengeluarkan produk makanan tambahan berasaskan cuka terbaik dunia. Dikenali sebagai atau khall iaitu buah-buahan yang diperam (buah kurma, epal, lemon dan delima) dari negara Timur Tengah pada sekitar tahun 2008 di bawah jenama NR Bashirah.

“Sepadan usia saya juga sering ke masjid dan surau di kawasan tempat tinggal dan bercampur dengan kariah. Apa yang saya perhatikan setiap kali selesai solat,  bila jemaah mahu mendengar ceramah, mereka sering mencari tiang atau dinding untuk bersandar.

“Ini menandakan ramai yang tidak mampu duduk tegak sepanjang majlis ilmu berlangsung dan besar kemungkinan disebabkan mengalami masalah sakit belakang atau kaki cepat kebas.

“Daripada pengamatan tersebut, saya terfikir menyelesaikan solusinya dan selama setahun saya dan pasukan terutama bahagian rekaan menghasilkan Kusiku. Kami muncul dengan produk pertama yang saya namakan Silla (sebutan Si’a) iaitu kerusi tanpa kaki berwarna putih, “ ujarnya.

Katanya perkataan Silla diambil daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud kerusi yang membantu pengguna duduk selesa kerana pelapik bahagian punggungnya lebar dan boleh menampung berat  tubuh sehingga 90 kilogram.




Pada peringkat awal, Silla diedarkan secara infaq oleh syarikatnya kemudian disokong oleh beberapa syarikat yang bersama-sama menyumbang ke beberapa masjid, surau,  sekolah dan madrasah tahfiz.

“Apabila pengguna selesa duduk di atasnya namun bilangannya terhad, ketika itu wujudnya permintaan. Jadi setiap kali ada kuliah agama atau ceramah mereka yang telah membeli Silla membawa kepunyaan sendiri dari rumah tetapi apabila dijinjing pulang ke rumah, mereka disyaki membawa “harta masjid,”.

“Bagi mengelak pandangan  salah sangka itu, Silla saya pelbagaikan warnanya untuk tujuan komersial dan kini terdapat empat warna iaitu Tiffany Turquoise, Rose Pink  dan  terkini  warna  Emerald Green dan Mustard Yellow yang dijual secara pakej dengan harga RM110 sepasang,” ujarnya.

Tambahnya, inovasi kerusi tanpa kaki tersebut adalah alat bantuan sokongan kesihatan  yang telah dipatenkan dan dikeluarkan oleh kilang original equipment manufacturer (OEM) sebelum dipasarkan melalui ejen dan juga jualan dalam talian.


Silla sesuai digunakan dalam pelbagai aktiviti termasuk ketika melayari internet bagi tujuan menjalankan urusan jual beli dalam talian. 


“Masyarakat hari ini ramai yang mengadu sakit di bahagian belakang atau dikaitkan dengan slipped disc yang antara lain puncanya disebabkan postur yang tidak betul sewaktu duduk.

 “Kita mungkin terlepas pandang masalah ini sedangkan daripada kajian mendapati tempoh kita duduk dalam sehari adalah lebih panjang daripada kita berjalan atau tidur.  Ia mungkin memakan masa lebih daripada sembilan jam berbanding tempoh tidur yang mengambil masa antara lima hingga enam jam sehari.

“Namun ada yang sanggup melabur ribuan ringgit membeli lapik tidur atau tilam yang bermutu tinggi semasa tidur tetapi mengabaikan keselesaan semasa duduk sedangkan duduk  sangat penting bagi menyokong postur tulang belakang yang baik,” ujarnya.

Sambungnya lagi Silla juga semakin praktikal digunakan oleh pelbagai pihak temasuk dalam kalangan pelajar, pembuat kuih muih atau semasa aktiviti memancing, melipat kain atau menyusukan anak. 

Kerusi tanpa kaki ini juga sesuai diletak dan disandarkan di mana-mana termasuk dalam kenderaan, atas kerusi makan, atas sofa  malah sesuai dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa batasan kaum dan agama.



“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bulan Mac tahun lalu, permintaan terhadap Silla berganda kerana kebanyakan masyarakat tanpa mengira usia lebih banyak masa di rumah dan memilih mengikuti pelajaran atau perniagaan dalam talian dan memilih melakukan aktiviti sambil duduk.

“Kusiku turut menawarkan peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pengedar di seluruh negara. 

"Maklumat berkaitan boleh menghubungi Pak Ngah (Pengasas) melalui talian 013-533 7559 atau Cik Aisyah (Ketua Pegawai Eksekutif) melalui talian 014-679 7559 atau layari www.kusiku.com atau ke laman facebook Kusiku Malaysia atau Instagram @kusikumalaysia,” ujarnya.  - KitaReporters

Mohd. Basri Ramli dan salah seorang kakitangan Kusiku International Sdn Bhd menunjukkan sebahagian daripada keluaran Silla yang telah dipelbagaikan warnanya ketika ditemui di Bangi baru-baru ini.

4
2
0
0
0
You will be interested

11 mercu tanda mini negara ASEAN di Pulau Bidong! Daya tarikan baharu pelancongan Terengganu!

11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN telah dilabuhkan di dasar laut Pulau Bidong melalui projek khas, Mercu Tanda Mini Bawah Laut ASEAN Pertama (AUMIL)

Video| Hukum guna Android box? Berdosa atau tak berdosa? Ini jawapan mufti yang perlu anda tahu!

Kini ramai gunakan Android box (kotak Android) kerana ia lebih jimat berbanding langgan saluran berbayar. Tapi pernahkah terfikir hukum beli, guna Android box?
Zul Akmar Jamaludin in Alam Canggih 3 days ago

Bantu wanita berniaga! Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenalkan peniagaan jemaah di AEON!

Kelab Usahawan Muslim Profesional perkenal konsep perniagaan berjemaah dan berkongsi bayar sewa serta letakkan produk di pusat beli-belah seperti cawangan AEON
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 4 days ago

Video| Doktor makan najis, minum air kencing lembu! Dakwa baik untuk kesihatan, imuniti tubuh!

Dr Manoj Mittal di India sanggup makan najis lembu dan minum air kencing binatang itu dengan dakwaan ia baik untuk kesihatan dan mampu tingkat imuniti tubuh
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 1 week ago

'Pulau Emas' di Palembang lokasi empayar Srivijaya? Pelbagai artifak berharga ditemui nelayan!

Kisah penemuan artifak di Sungai Musi, Palembang yang digelar sebagai Pulau Emas itu adakah boleh dijadikan bukti sebagai lokasi peninggalan empayar Srivijaya?
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago