Alam & Sains 05 Aug, 2021

Kes harian positif COVID-19 meningkat mendadak! Terengganu buka PKRC ke-7! Mungkin ke-8, ke-9?

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

IPGSM Besut dijadikan PKRC yang ketujuh.


TERENGGANU membuka satu lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) susulan peningkatan mendadak kes positif yang berlaku di negeri berkenaan. 

PKRC terbaharu itu yang beroperasi di Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan (IPGSM) di Bukit Keluang, Besut dengan kapasiti 392 katil mula beroperasi pada 1 Ogos 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Dr Alias Razak berkata, setakat ini negeri itu sudah mempunyai enam PKRC dengan kapasiti 2,967 katil dan pembukaan yang terbaharu itu menjadikan tujuh pusat rawatan di negeri tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKRC

Dr Alias Razak


Katanya, sekiranya keadaan masih tidak terkawal, kerajaan Terengganu bercadang untuk menambah lagi dua PKRC iaitu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu (400 katil) dan Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Hulu Terengganu (350 katil).

Laporan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada Rabu 4 Ogos 2021, negeri ini merekodkan 481 kes jangkitan baharu COVID-19.

Daripada jumlah tersebut, 481 kes membabitkan penularan tempatan, manakala kes import B (3 kes), kes import C (42 kes) dan kes orang kena tahan (satu kes) menerusi 15 kluster yang terlibat. 



Daripada jumlah itu, Kemaman merekodkan kes tertinggi iaitu 230 kes diikuti Dungun (108 kes), Kuala Nerus (40 kes), Kuala Terengganu (35 kes), Setiu (29 kes),  Hulu Terengganu (19 kes) dan Besut (11 kes) dan Marang (9 kes).

Sebanyak 860 kes membabitkan penularan tempatan, manakala kes import B (14 kes), kes import C (8 kes) dan kes orang kena tahan (satu kes) menerusi 15 kluster yang terlibat.

Ketika ini, Terengganu mempunyai enam PKRC di seluruh negeri dengan kapasiti 2,967 katil iaitu Universiti Teknologi MARA Kuala Terengganu (1,128 katil), Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman (750 katil), Universiti Malaysia Terengganu (484 katil), Penjara Marang (220 katil), Kem Wawasan Besut (200 katil) dan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kuala Terengganu (185 katil)

Ketika ini, 21 lokaliti  di Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu 19 mukim di daerah Dungun, Mukim Bendi di Kemaman  dan satu lagi di Perumahan Awam Anak Ikan, Besut. - KitaReporters


4
1
1
0
2
You will be interested