Alam & Sains 02 Apr, 2020

SYABAS HULU TERENGGANU!! KES KEKAL KOSONG!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

“PENDUDUK Hulu Terengganu kekalkan rekod sifar Covid-19 dan jangan tubik (keluar) rumah deh… kite pakat-pakat putuskan rantaian virus Covid-19,” begitulah pesanan Ahli Pahlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya. : KitaReporters

Grafik memaparkan Daerah Hulu Terengganu 0 kes COVID-19


Beliau memberi pesanan itu kepada penduduk kawasan terbabit merujuk kepada tiada sebarang kes dicatatkan oleh pihak Kementerian Kesihatan berkaitan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh negara dan satu dunia sekarang.

Sehingga jam 5 petang, 1 April 2020, daerah Hulu Terengganu mengekalkan rekod sifar kes berbanding dengan daerah tujuh daerah lain di Terengganu kesemuanya mempunyai kes.

Mengikut laporan Kementerian Kesihatan, sejumlah 47 kes dilaporkan di negeri Terengganu sejak petang, 31 Mac 2020.

Manakala mengikut pecahan daerah pula Kuala Terengganu menduduki tangga teratas dengan 17 kes, diikuti Besut (16), Dungun (8), Kemaman (3), manakala masing-masing satu kes di daerah Setiu, Kuala Nerus dan Marang.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid



Rosol yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau bersyukur kerana tiada kes direkodkan di daerah terbabit sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang sentiasa mematuhi Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) sejak dikuatkuasakan 18 Mac 2020.

Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu lengang tiada penghuni keluar


"Walaupun fasa satu sudah berakhir pada 31 Mac 2020, tetapi saya berharap penduduk kawasan Hulu Terengganu terus kekal mematuhi PKP bagi fasa kedua bermula 1 April sehingga 14 April 2020.

“Jika dalam tempoh dua minggu lalu, penduduk boleh tinggal di rumah, tiada sebab mereka tidak boleh bersabar untuk menamatkan PKP Fasa Kedua,” katanya.

Perhentian bas dan kereta sewa Bandar Kuala Berang sepi berikutan penguatkuasaan PKP


Rosol berkata, pihak Pejabat Parlimen Hulu Terengganu sudah menggerakkan jentera pada minggu pertama PKP bermula untuk kerja-kerja mengagihkan keperluan makanan kepada seluruh penduduk kawasan terbabit.

Oleh itu, katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kerajaan sentiasa proaktif dan prihatin terhadap penduduk dan mereka hanya perlu tinggal di rumah masing-masing kerana bekalan akan sampai di rumah mereka.

Datuk Rosol membuat pemantauan bekalan keperluan di sebuah pasar raya


Mengenai keperluan bekalan makanan, beliau memberi jaminan penguatkuasa KPDNHP sentiasa membuat pemantau di semua premis perniagaan termasuk pasar raya seluruh negara bagi mempastikan keperluan sentiasa mengcukupi dan dijual mengikut harga ditetapkan kementerian. - KitaReporters

1
0
0
1
1
You will be interested