Alam & Sains 31 Jan, 2022

Terbaik! Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia! Ayam turun 20 sen jadi RM8.90! 5 Feb - 5 Jun 2022!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



HARGA maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen dari harga siling yang ditetapkan sekarang menjadi RM8.90, manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan kedua-dua harga ini bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.

"Kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM. 

"Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil," katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini, Isnin 31 Januari 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan harga



Hari ini (31 Januari 2022), Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan untuk membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Beliau berkata, tindakan proaktif perlu dilaksanakan oleh Kerajaan untuk memastikan harga kekal berpatutan, namun dalam masa sama industri penternakan ayam tidak terjejas dan sekali gus dapat memastikan bekalan kekal stabil.

"Sebanyak empat kertas telah dibentangkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MAFI) serta Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam mesyuarat ini.

"Mesyuarat khas turut dihadiri Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)," tambahynya. 



Menurut Ismail sabri, mesyuarat membuat keputusan:

  1. Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan sekarang menjadi RM8.90, manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa. Pelaksanaan kedua-dua harga ini bermula 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.
  2. Kerajaan akan memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM. Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil.
  3. Permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbanding sebelum ini mereka hanya dibenarkan mengimport keratan ayam seperti kepak, paha dan lain-lain. Mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar (hypermarket).
  4. Mesyuarat mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.
  5. Pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan Kementerian-Kementerian terbabit bagi membantu Keluarga Malaysia mendapatkan barangan asas pada harga lebih murah.
  6. Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan.
  7. Mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.
  8. Permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari 2022.
  9. Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga.



Mesyuarat hari ini, kata Perdana Menteri, fokus kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga.

Katanya, langkah-langkah jangka panjang turut dibincangkan antaranya ialah:

  • i. Menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.
  • ii. Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.
  • iii. Jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.

Pelan tindakan jangka panjang ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam mesyuarat NACCOL akan datang, jelas Ismail Sabri. - KitaReporters


13
13
0
18
1
You will be interested