Alam & Sains 24 Mar, 2020

DAHSYAT BRO!! BILIK TIDUR JADI KAPAL ANGKASA

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this
SEMENJAK Perintah Kawalan Pergerakan ini, ramai antara kita melakukan pelbagai aktiviti berfaedah bersama ahli keluarga seperti membersihkan rumah, memasak pelbagai juadah dan melayan anak-anak pada masa terluang. Begitu juga dengan seorang pemuda ini, beliau telah berkongsikan dalam Facebook miliknya bagaimana beliau berjaya mengubah suai bilik tidurnya seperti kapal angkasa lepas. : KitaReporters


Menerusi Facebook, Ahmad Fathil Zakaria, beliau berjaya mengubah sebuah bilik yang kelihatan usang menjadi ruang dunia sci-fi melalui hasil lukisannya sendiri. 

Dari apa yang beliau kongsikan, beliau melakar sendiri konsep yang diinginkan sebelum mengubahnya 100%. 


Lakaran biliknya bukan calang-calang di mana ia kelihatan seperti benar-benar wujud pintu yang dilakukan untuk ke kapal angkasa lepas.


Beliau juga telah memasang lampu LED di dalam bilik tersebut agar ia kelihatan betul-betul dalam kapal angkasa lepas.



Menurutnya, lampu LED ini boleh bertukar-tukar warna untuk mengikut kesesuaian kapal angkasa lepas tersebut menggunakan alat kawalan jauh.



Rata-rata netizen teruja melihat kreativiti lelaki ini yang berjaya menghias biliknya dengan rekaannya tersendiri yang sangat kreatif dan unik.

Pasti, ramai antara kita yang sedang berkarya sekarang, gunakanlah waktu yang terluang ini melakukan aktiviti berfaedah pada tempoh "berkurung di rumah" ini. 

Ini baru hari ketujuh, masih banyak lagi hari terluang untuk anda gunakan. - KitaReporters

6
3
1
0
0
You will be interested