KEBIMBANGAN penularan penyakit Koronavirus-2019 atau COVID-19 turut mempengaruhi kebimbangan Presiden Indonesia dengan mengamalkan minuman jamu bagi meningkatkan imunisasi badan. Memetik laporan cnbcindonesia.com pemimpin berusia 58 tahun itu, memberitahu dia kini menambahkan kuantiti pengambilan jamu berbanding sebelum ini. : KitaReporters
PRESIDEN Indonesia, Jokowi menambahkan pengambilan jamu kepada tiga sehari dalam usaha meningkatkan imunisasi badan. - Kredit foto: JKWVlog
Sejak penularan virus Covid-19, Jokowi atau nama penuh Joko Widodo menambahkan kuantiti dan mengamalkan tiga kali sehari pengambilan jamu.
"Sebelum ini, setiap hari minum jamu, saya minum hanya pagi saja. Sekarang kerana ada corona (COVID-19) saya minumnya pagi, tengah hari dan juga malam," katanya di Istana Presiden, yang dipetik cnbcindonesia.com.
Lebih
menariknya, tetamu yang hadir juga turut dihidang dengan jamu yang hasil daripada campuran herba, antaranya
serai, kunyit dan halia dan tidak lagi dihidangkan dengan teh seperti sebelum
ini.
"Sekarang tamu-tamu saya pagi, siang dan malam saya beri minuman itu.
"Bukan teh, tapi saya ganti temulawak (sejenis halia), jahe (halia), sereh (serai), kunyit, yang dicampur (sebagai jamu)," katanya.
JOKOWI berkongsi rahsia beliau telah mengamalkan pengambilan jamu sejak 18 tahun lalu kerana percaya melalui pengambilan minuman berkenaan membuatkan badan lagi sihat dan bertenaga.
Berkongsi rahsia
pemimpin utama Republik Indonesia itu berkata, beliau telah mengamalkan pengambilan jamu sejak 18 tahun
lalu kerana percaya melalui pengamalan jamu badan lebih sihat .
Jamu yang diamalkan berkenaan merupakan campuran rempah-rempah asli Indonesia seperti
temulawak, halia, kunyit yang dicampurkan dengan air panas.
“Saya sudah
minum mungkin 17-18 tahun lalu sampai sekarang. Saya rasakan memberikan manfaat
bagi kebugaran tubuh," kata Jokowi. - KitaReporter