Alam & Sains 15 May, 2021

Situasi COVID-19 di Besut Membimbangkan! Tapi 10 keluarga yang lari daripada PKPD dah kembali!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


PENULARAN pandemik COVID-19 dalam kalangan penduduk di daerah Besut, Terengganu, terus mencatatkan peningkatan yang membimbangkan malah daerah itu juga merekodkan kes kematian akibat wabak berkenaan paling tinggi di negeri tersebut.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada Sabtu, 15 Mei 2021 telah merekodkan sebanyak 1,094 kes COVID-19 dan tertinggi di negeri itu dengan bilangan kes aktif seramai 393 orang.

Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata,daripada 19 angka kematian akibat COVID-19 negeri tersebut  11 kes adalah membabitkan warga Besut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Besut 

Dr Nor Azimi Yunus


Katanya, ketika ini pihak jabatan sedang memantau 11 kluster di daerah itu.

Daripada jumlah itu, kluster Tok Has adalah yang terbesar dengan jumlah kes sebanyak 204 orang diikuti kluster D’Lahar dengan jumlah kes sebanyak 151 orang.

"Daripada 11 kes COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), tujuh merupakan warga Besut,” katanya kepada media selepas meninjau aktiviti saringan COVID-19 di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Pelagat 3, Jertih, pada 15 Mei 2021.


Penduduk RAKR Seberang Jertih menunggu giliran untuk saringan COVID-19 


RAKR Pelagat 3 kini dikenakan PKPD bermula 14 Mei hingga 27 Mei 2021 selepas peningkatan kes secara mendadak dalam kalangan komuniti.

Beliau berkata, pihak JKNT juga mengesan 54 kes COVID-19 berada dalam komuniti di perumahan terbabit. 


Dr Nor Azimi (tengah) bersama petugas KKM di pusat saringan COVID-19 Surau RAKR Pelagat 3, Jertih


Mengenai kes penduduk dalam PKPD terbabit melarikan diri sebelum pelaksanaan perintah tersebut beliau berkata, dia tidak menduga apabila 10 keluarga bertindak meninggalkan rumah masing-masing untuk tinggal di luar kawasan tersebut.

“Pergerakan mereka yang meninggalkan rumah kediaman asal di situ boleh memberi risiko kepada penularan COVID-19 ke tempat lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan 10 keluarga terbabit berjaya dikesan dan sebahagian daripada sudah kembali ke rumah masing-masing sejak dua hari lalu. - KitaReporters


Petugas KKM gigih membuat saringan COVID-19 di RAKR Pelagat 3, Jertih

4
5
3
3
3
You will be interested