TAHUKAH anda ikan paus yang begitu besar boleh tewas hanya kerana pelitup atau penutup muka (masks) dan sarung tangan (gloves) yang dibuang sesuka hati ke dalam laut? Ini kerana kedua-dua alat perlindungan diri itu bukan sahaja berkuman tetapi pembuangannya yang banyak mengancam hidupan laut. : KitaReporters
LIHATLAH betapa banyaknya pelitup muka dibuang ke lautan di merata tempat di dunia sehingga mengancam hidupan laut.-Kredit Video BBC News.
Ketika seluruh dunia dilanda oleh wabak Covid-19 kini, pelitup muka dan sarung tangan memang banyak digunakan.
Memetik laporan bbc.news, di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 129 bilion pelitup muka dan 65 bilion sarung tangan digunakan setiap bulan, terutama pada musim Covid-19 ini.
Penggunaan juga bertambah setiap hari dan dengan itu buangan kedua-dua bahan ini juga bertambah, tidak kira di negara mana.
Namun yang dikesali ia dibuang bertaburan sesuka hati di merata tempat, tanpa satu sistem pembuangan sistematik.
Akibatnya bukan sahaja alam sekitar tercemar tetapi lautan juga banyak menampung sampah sarap ini.
Justeru alam sekitar dan lautan semakin tercemar.
Di atas daratan bahayanya kepada orang ramai dan di lautan kepada hidupan lautan yag semakin ‘sesak nafas’ dengan kehadiran pelbagai barang buangan.
Para penyelam mendapati ada pelitup muka dan sarung tangan ini yang tenggelam di dasar lautan. Banyak
pula yang terapung di bawah permukaan laut atau timbul di permukaan air.
Banyak pula yang kemudiannya dipukul ombak dan akhirnya di tersadai di tepi pantai, mencacatkan pemandangan pantai yang biasanya menjadi tumpuan ramai.
Jadikanlah ini sebagai iktibar di negara kita memandangkan pada musim Covid-19 ini orang ramai menggunakan pelitup muka sebagai mematuhi Operasi Prosedur Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Gunakanlah sebagai pelindung diri tetapi jangan buang sesuka hati selepas menggunakannya.
Bantulah menjaga kebersihan alam sekitar dan jangalah
‘dilemaskan’ hidupan laut dengan membuangnya ke dalam parit, sungai atau laut. - KitaReporters