Alam & Sains 26 Jun, 2022

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


Kredit foto dan video: Ihsan JBPM Terengganu


SEEKOR ular sawa seberat 110 kilogram berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah menelan seekor kambing yang berada di kandang kambing milik seorang penternak di Kampung Durian Mentangau, Paka, Dungun, Terengganu pada 23 Jun 2022 lalu.

Penternak terbabit yang berusia 50-an menyedari haiwan pemeliharaannya dimakan oleh ular sawa sepanjang enam meter itu pada pukul 6.40 petang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwan ular

 



Sebaik tiba ke kandang kambingnya, dia terdengar beberapa ekor kambingnya yang lain berbunyi bising mengembek tidak jauh dari kandang.

Awalnya, dia tidak menjangkakan ada sesuatu kejadian buruk akibat bunyi bising kambing itu tetapi tiba-tiba dia begitu terkejut apabila penternak itu melihat seekor ular sawa tidak bergerak seolah-olah keletihan berada di kandang sebelum dia menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk meminta bantuan.


 


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka, Mohd Aidil Khairim Abdul Wahad berkata, sebaik sahaja mendapat laporan itu, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian. 

‘’Operasi menangkap ular sawa itu dilakukan enam anggota kami dengan kerjasama empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

‘’Kami menggunakan peralatan khas bagi menangkap ular sawa yang besar seperti itu dan berjaya ditangkap dalam masa hampir 30 minit,’’ katanya. - KitaReporters


Kredit foto-foto: Ihsan JBPM Terengganu

14
15
0
12
0
You will be interested