Alam & Sains 06 Jan, 2023

Apakah dosa kita puncanya? 3,481 bencana alam di Indonesia pada 2022! Lebih 5.34j penduduk terkesan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SEORANG kanak-kanak terpaksa berada di atas bumbung rumah akibat rumahnya ditenggelami air banjir di sebuah wilayah Indonesia pada 2022. - Kredit foto : CNN


TAHUN 2022 telah melabuh tirai sejak beberapa hari lalu dan sepanjang tempoh tahun tersebut dilaporkan sebanyak 3,481 kejadian bencana alam terjadi di seluruh wilayah Indonesia. 

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia melaporkan kejadian bencana alam pada tahun itu membabitkan letupan gunung berapi, banjir, gempa bumi, kebakaran, kemarau dan gelombang besar di lautan.

Ia termasuk kejadian banjir di 1,502 kawasan, cuaca ekstrem (1,040 kejadian), tanah runtuh (629 kejadian), kebakaran hutan dan awam (251 kejadian), gelombang besar (26 kejadian), kemarau (4 kejadian) dan gunung berapi (1 kejadian), seperti dilapor oleh portal berita Kabar Joglosemar.com.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana-bencana yang berlaku

Kredit foto : Kompas.com


Semua bencana alam yang terjadi itu telah mengakibatkan lebih 5.34 juta penduduk terkesan dengan kejadian tersebut serta berpindah ke kawasan yang lebih selamat. 

Ia juga meragut nyawa 851 orang, 8,725 orang cedera parah dan 46 orang dilaporkan hilang. 

Kejadian bencana alam terbabit juga menyebabkan 19, 917 buah rumah musnah atau hilang dibawa arus banjir, 22,941 buah rumah mengalami kerosakan sederhana, 51,754 buah rumah rosak sedikit, manakal turut menjejaskan 1,054 buah Pusat Pendidikan (sekolah dan universiti) dan 644 buah Pusat Ibadat (masjid serta surau).


DUA orang kanak-kanak sedang melalui kawasan runtuhan rumah kediaman akibat gempa bumi yang melanda di Cianjur, Jawa Barat pada 1 Disember 2022. - kredit foto : AFP


Dalam pada itu, Wilayah Jawa Barat dikatakan sering mengalami bencana alam dengan mencatat 871 kejadian sepanjang 2022. 

Kemudian diikuti Jawa Tengah dan Jawa Timur masing-masing merekodkan 477 dan 396 kejadian.

Kejadian paling buruk adalah gempa bumi yang berlaku di Cianjur, Jawa Barat pada 21 November 2022 lalu telah mengorbankan 344 nyawa termasuk kanak-kanak.

Bencana itu turut disusuli dengan beberapa gempa lain termasuk tanah runtuh di Kabupaten Jember, Sukabumi dan Karangasem di Bali.  

Gempa bumi yang terjadi di Cianjur dengan kekuatan 5.2 skala Richter telah mengegarkan Jakarta, Bandung dan beberapa wilayah lain di Pulau Jawa. 

Wilayah Papua dilaporkan wilayah paling sedikit terbabit dengan kejadian tersebut hanya melibatkan lapan insiden sepanjang tahun 2022.


PETUGAS SAR sedang mengusung dua mayat mangsa gempa bumi yang ditemui tertimbus di tanah runtuh yang berlaku di Cianjur, Jawa Barat pada 29 November 2022. - kredit foto : ANTARA


Sementara itu, seorang pendakwah Indonesia, Ustaz Syam El Marusy berkata, kejadian bencana alam yang melanda di negara itu dari sudut agama Islam dipercayai berpunca kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh manusia ataupun manusia tetap berbangga dengan dosa-dosa yang dilakukan di atas dunia ini. 

Dipetik dari portal detikhot.com pada 28 Disember 2022 dia berkata, jikalau manusia tidak berbangga dengan dosa yang dilarang oleh Allah, tidak mungkin kejadian maksiat serta perzinaan semakin terjadi seperti sekarang.

Andaikata mereka takut pada Allah sudah pasti mereka tidak akan mengulangi perbuatan yang keji dan hina itu di sisi agama.


USTAZ SYAM EL MARUSY


Syam yang berasal dari Sulawesi Selatan memberitahu demikian apabila ditanya apakah kejadian itu ada kaitan dengan kesalahan manusia sendiri yang Allah SWT mengutuskan sesuatu bencana ke muka bumi. 

Katanya, Nabi Muhammad SAW sering mengingatkan tidak ada suatu umat, suatu kaum akan ditimpa bencana atau  penyakit kecuali mereka yang sudah menampakkan kezinaan dan kekejian secara jelas dan nyata, maka Allah akan kirimkan kepada mereka sesuatu penyakit serta bala  yang belum ada sebelum ini.

Pendakwah itu juga turut mengingatkan terjadi sesuatu bencana, ia merupakan ajakan daripada Allah terhadap umat supaya semakin mendekatinya.

Menurutnya lagi, Nabi Muhammad SAW mengaitkan daripada dosa kesalahan manusia dengan apa yang menimpa ke atas dirinya. Itu adalah hak Allah yang akan menilainya bukan manusia yang boleh menilai pada orang lain. - KitaReporters


kredit foto : Istimewa


kredit foto : Republika

8
14
0
11
0
You will be interested