
Gambar daripada Facebook
Ibu mana tidak sedih apabila mendapati anaknya sudah tidak bernyawa. Begitulah perasaan seekor gajah betina yang menunggu anaknya yang terperosok di bawah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) dekat Gerik pada awal pagi 11 Mei 2025, yang juga jatuh pada Hari Ibu Sedunia.
Kejadian tersebut telah menyebabkan seekor gajah betina dipercayai ibu anak gajah itu telah mengamuk dan merosakkan bahagian hadapan
lori tersebut selepas melihat anaknya mati dilanggar sebuah lori muatan ayam.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima
maklumat kejadian pada pukul 2.50 pagi 11 Mei 2025 ini, sebuah lori dari arah Gerik ke Jeli
telah terlanggar seekor gajah yang keluar dari hutan kiri bahu jalan arah Gerik
ke Jeli.
Beliau
berkata, hasil siasatan mendapati lori membawa muatan ayam dipandu oleh seorang
lelaki Melayu berumur 28 tahun telah melihat di sebelah kanan terdapat seekor
gajah sedang makan rumput.
“Bila yakin
keadaan selamat pemandu lori tersebut meneruskan pemanduan sehingga secara
tiba-tiba seekor anak gajah keluar dari hutan sebelah kiri dan melintas di
depan lorinya menyebabkan pemandu tidak dapat memberhentikan lori lalu melanggar
anak gajah berkenaan. Gajah tersebut mati di tempat kejadian.
“Akibat daripada
kejadian tersebut seekor gajah yang dipercayai ibu gajah yang mati itu telah mengamuk
dan merosakkan di bahagian hadapan lori tersebut.
“Walau bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaaan,” katanya dalalam kenyataan pada 11 Mei 2025.


Gambar daripada Facebook
Zulkifli berkata, pihaknya telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan tindakan mengawal gajah tersebut dengan menembak ubat pelali dan keadaannya stabil.
Sehubungan
itu, katanya pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa
memandu dan melalui Jalan Raya Timur Barat kerana dikhuatiri terdapat hidupan
liar yang melintas serta berada di atas jalan raya. - KitaReporters