Alam & Sains 12 Aug, 2024

Lagi mangsa scammer! Guru kerugian RM258k jadi mangsa phone scam! Terima panggilan syarikat kurier!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


Berita orang ramai menjadi mangsa penipuan atau scam sering mengisi dada akhbar dan berita semasa portal berita dari semasa ke semasa.

Polis pula sudah menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon dan pesanan mesej yang diterima daripada pihak yang tidak dikenali melalui mana-mana platform media sosial agar tidak terpedaya dan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian atau scammer online.

Namun, seorang guru lelaki berumur 28 tahun dari Besut kerugian RM258,060 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam (penipuan telefon) yang menyamar sebagai pihak sebuah syarikat kurier dari ibu pejabat di Kuala Lumpur.

Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Besut Terengganu yang menerima laporan polis daripada seorang lelaki Melayu yang menjadi mangsa penipuan tersebut berkata, ketika kejadian pada jam 11.15 pagi, 26 Jun 2024 telah menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali memperkenal dirinya daripada pihak ibu pejabat syarikat kurier itu di Kuala Lumpur.



Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Azrol Anuar Nor berkata, individu tersebut memberitahu bahawa terdapat satu bungkusan barang yang dipos atas nama mangsa yang mana di dalam bungkusan tersebut mempunyai kad pengenalan serta kad ATM dan ia telah menyalahi undang-undang.

Menurutnya, selepas itu talian telah disambungkan ke pihak yang menyamar sebagai polis dan mangsa telah dimaklumkan bahawa namanya juga terlibat dengan kes penggubahan wang haram dan juga penjualan akaun bank.

Mangsa telah menafikannya, tetapi pihak scammer telah meminta mangsa membuat laporan polis secara dalam talian dan menyuruh mangsa mengosongkan wang dari akaun bank miliknya yang mana dengan membuat pemindahkan wang ke akaun sementara yang diberi oleh suspek bagi tujuan menyelamatkan mangsa daripada akaun dibekukan.

“Pihak scammer memberitahu wang tersebut akan dipulangkan semula setelah siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin 12 Ogos 2024.

Azrol berkata, oleh kerana percaya, mangsa telah membuat kemasukan wang secara berperingkat-peringkat sebanyak 27 kali ke beberapa akaun berlainan yang diberikan oleh pihak scammer.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Tindakan mengesan dan menangkap suspek giat dilakukan berikutan laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Tindakan mengesan dan menangkap suspek giat diteruskan dan pihak polis masih mengumpul bukti-bukti keterangan bagi tujuan pendakwaan,”’ katanya. - KitaReporters

 

 

20
10
0
17
1
You will be interested