Alam & Sains 01 Apr, 2021

Bawa anak lembu dalam kereta! Peringatan kepada tuan lembu! Aku kutip kalau tak reti nak jaga!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Seekor anak lembu kelihatan begitu selesa berada di tempat duduk hadapan sebuah kenderaan penumpang yang tular dalam akaun Facebook milik Ahmad Razib kononnya diambil untuk dibawa pulang ke rumah daripada hidup terbiar tanpa dihiraukan oleh pemiliknya. - Kredit foto: Facebook Ahmad Razib


Comelnya anak lembu ini sehingga dibawa masuk ke dalam kereta yang tular dalam aplikasi Facebook milik Ahmad Razib dalam hantarannya dalam kumpulan OK Info Orang Kita.

Tertera teks foto, “Terjumpa lembu sesat tadi... Mungkin tuan dia buang. So saya bwk balik seko dulu. Sbb x muat nk bwk bnyk2.”

Tiada diketahui akan maksud sebenar pengguna jalan raya ini sama ada hendak menyelamatkan haiwan berkenaan atau sebaliknya yang kebetulan melalui kawasan yang tidak dinyatakan lokasinya.

Beliau telah membawa pulang anak lembu itu di dalam keretanya menuju ke destinasi tidak dinyatakan sama ada pulang ke rumah atau sebaliknya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu



Pengguna-pengguan jalan raya sering berdepan dengan risiko kemalangan jalan raya akibat merempuh haiwan-haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang kerap ditemui berkeliaran bebas di atas jalan-jalan raya termasuk lebuh raya.

Paling berisiko besar adalah penunggang-penunggang motosikal sehingga nyawa mereka boleh melayang.

Apa amat dikesali adalah sikap pemilik-pemilik ternakan yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup membiarkan haiwan-haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran sama ada di jalan-jalan raya mahu pun memasuki kawasan-kawasan kebun dan ladang pertanian penduduk-penduduk kampung.

Tetapi, bukan semua pemilik ternakan lembu dan kambing membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran. Ada yang diletakkan di dalam kandang sahaja serta dipagarkan kawasan sekitarnya.



Pelbagai komen dan reaksi netizen tentang haiwan ternakan lembu yang mudah ditemui berkeliaran di jalan-jalan raya termasuk lebuh raya seperti LPT/LPT2.


Justeru, pelbagai aduan dan cadangan orang ramai telah dikemukan kepada pihak berwajib sama ada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan lain-lain.

Menurut laporan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), misalnya sebanyak 73 ekor haiwan ternakan telah ditangkap sepanjang 2020 di sekitar Kemaman, Terengganu. Sebanyak 14 ekor lembu dan 59 ekor kambing berjaya ditangkap oleh MPK berikutan aduan oleh orang awam.  

Memetik laporan Astro Awani pada 25 Januari 2021Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) mengalami kerugian harta dan aset apabila terpaksa memperuntukkan sebanyak RM5 juta sejak 2018 bagi membina semula pagar keselamatan di lebuh raya tersebut akibat dirosakkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab; untuk memberi laluan haiwan ternakan mereka seperti lembu meragut rumput dengan merentas laluan bersebelahan.Sebanyak 174 kes kerosakan pagar dilaporkan di LPT sejak 2017 dan pada Januari 2021 terdapat kira-kira sembilan ekor lembu mati akibat dirempuh dua buah kenderaan di kilometre 291.1, LPT 2 berdekatan Kuantan – Kuala Terengganu.

Manakala rekod LLM pada tahun 2019, pula mendapati peningkatan 102  kes kemalangan jalan raya telah berlaku berbanding 47 kes yang dicatatkan pada tahun sebelumnya (2018) membabitkan haiwan ternakan tersebut.


Laporan beberapa media mendedahkan betapa pemilik lembu-lembu ini seolah-olah sengaja tidak menghiraukan keselamatan orang awam terutama pengguna-pengguna jalan raya.


Pada masa akan datang, jika haiwan-haiwan ternakan ini tidak dijaga, dipelihara dan dikawal oleh pemilik-pemiliknya sudah pasti akan mengundang semula kejadian kemalangan jalan raya yang berpanjangan dan mengorbankan banyak nyawa pengguna jalan raya.

Di samping itu juga, akan menimbulkan kemarahan orang ramai, sekali gus juga berlaku kejadian ‘curi lembu atau kambing’ sebagai tindak balas terhadap tuan ‘punya’ ternakan walaupun dari sudut perundangan dianggap satu kesalahan jenayah. - Kitareporters.


Gambar hiasan... Pemandu-pemandu kenderaan terpaksa memperlahankan pemanduan mereka apabila bertembung dengan haiwan ternakan seperti lembu bagi mengelakkan sebarang kemalangan jalan raya berlaku.


Sumber:

https://www.facebook.com/photo?fbid=4088209591230973&set=g.2800334073578200

https://careta.my/article/antara-lembu-pagar-dan-cerita-yang-tak-akan-ke-mana

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sembilan-lembu-mati-bergelimpangan-dirempuh-kenderaan-di-lpt2-279371

6
1
1
1
0
You will be interested