Alam & Sains 19 May, 2021

Jom Tilawah Bersama Bigo! Usaha sama Bigo Live, Islamic Relief untuk bantuan makanan COVID-19!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


BIGO Live, platform peneraju global dalam penstriman secara langsung melancarkan ‘Tilawah Bersama Bigo’, sebuah pertandingan tilawah Al-Quran dan kempen kutipan derma untuk menyokong COVID Emergency Appeal Food Aid (Rayuan Kecemasan COVID: Bantuan Makanan) anjuran Islamic Relief Malaysia

‘Tilawah Bersama Bigo’ adalah sebahagian daripada usaha Bigo Live yang lebih meluas di Malaysia untuk membantu rakyat meraikan Aidilfitri di samping menyumbang semula kepada komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)  yang dilanjutkan ini


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan al-Quran


Pertandingan selama satu minggu ini akan disiarkan secara langsung di aplikasi Bigo Live  (BIGO ID: MY.Eventroom) di mana pusingan-pusingan permulaan akan diadakan dari 24 Mei hingga 28 Mei 2021 dari pukul 8:30 malam - 12 tengah malam (waktu Malaysia) dan pusingan akhir akan diadakan dari 29 Mei hingga 30  Mei 2021 dari pukul 9 malam - 10 malam. 

Bigo Live akan bekerjasama dengan seorang influencer (pempengaruh) dari  Malaysia iaitu Farhatul Fairuzah, yang merupakan seorang penyiar Bigo Live dan pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019. Beliau akan menyertai pusingan akhir pertandingan  tersebut sebagai pengadil. 



“COVID-19 telah menjejaskan sambutan Aidilfitri buat umat Islam di Malaysia. Oleh itu,  pertandingan ini memberi peluang kepada kita untuk memupuk keakraban dan menyatukan kita semua dalam keadaan semasa yang mencabar ini. 

"Aidilfitri adalah masa untuk mengeratkan ikatan dan Bigo Live bukan sahaja membantu kita mencapai tujuan ini, tetapi juga  membolehkan kita mengumpul dana untuk tujuan yang murni. 

"Saya menggalakkan saudara saudara seIslam dan seluruh rakyat Malaysia meluangkan masa untuk menyertai acara ini dan  menyumbang kepada usaha yang memanfaatkan golongan yang memerlukan,” kata Farhatul Fairuzah dalam satu kenyataan media pada 19 Mei 2021. 



Pendaftaran kini dibuka, dan sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil  bahagian dalam pertandingan tersebut dengan mendaftar melalui pautan ini. Peserta-peserta  yang disenarai pendek berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai bernilai antara  RM1,000 hingga RM3,000 di pusingan akhir.  

Sepanjang pertandingan secara langsung tersebut, para penonton akan dapat mengundi peserta kegemaran mereka dengan menggunakan tiket undian percuma dan pemberian hadiah secara maya. 

Semua sumbangan yang diterima melalui pertandingan tersebut akan  didermakan kepada COVID Emergency Appeal Food Aid oleh Islamic Relief Malaysia yang akan membantu warga Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta kawalan  pergerakan yang dilaksanakan. Selain itu, Bigo Live juga berikrar akan menyumbang RM4,000 kepada Islamic Relief Malaysia. 



“Islamic Relief Malaysia gembira untuk bekerjasama dengan Bigo Live dalam kempen ini.  Semasa bulan Ramadan, setiap Muslim diwajibkan untuk membayar zakat fitrah untuk  diagihkan kepada fakir miskin. Zakat melambangkan keadilan sosial dalam undang-undang  Islam dan bersesuaian dengan semangat ini, kami berharap agar saudara se-Islam dan seluruh rakyat Malaysia akan mempertimbangkan untuk memberi sumbangan tambahan pada tahun ini  untuk membantu keluarga-keluarga yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan  dalam pandemik COVID-19. 

"Bigo Live telah membolehkan rakyat Malaysia menghulurkan  bantuan dan mempamerkan sifat murah hati melalui platform penstriman secara langsung  mereka – bukan sekadar untuk hiburan, tetapi juga menggunakan kandungan dalam talian  untuk tujuan yang baik,” kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif,  Islamic Relief Malaysia dalam kenyataan yang sama. 



Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, Bigo Live telah melancarkan pelbagai siri kandungan  terancang dengan para penyiar di seluruh dunia untuk menghubungkan dan menyumbang semula kepada komuniti-komuniti berbeza dalam keadaan yang mencabar ini. 

Ini termasuklah menghoskan Youtuber dan influencer (pensohor media sosial) terkenal dari Malaysia iaitu Isa Isarb (BIGO ID: isaisarb),  serta pelakon dan penyanyi popular Malaysia Nazim Othman (BIGO ID: nazimothman) dan Baby Shima (BIGO ID: babyshimaofficia). 

Vivi He, Pengurus Negara, Bigo Live Malaysia berkata: “Misi kami adalah untuk  menghubungkan dunia dan berkongsi saat-saat yang indah. Bigo Live memperjuangkan keinklusifan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk berhubung dan berinteraksi  melalui aplikasi kami. 

"Kami berharap dapat menyumbang semula kepada rakyat Malaysia  dalam keadaan yang penuh dengan ketidaktentuan ini, dan menggunakan platform kami untuk  mencipta momen-momen yang bermakna melalui kandungan yang memberi ilham untuk  seseorang itu mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada di dalam atau di luar aplikasi  Bigo Live.”  

“Kami percaya kempen ini akan dapat menghubungkan dan memperkasakan para pengguna  kami dan komuniti Muslim secara keseluruhannya. Kami juga ingin menyediakan ruang untuk  menggalakkan para pengguna menyumbang semula dan memupuk masyarakat yang saling  membantu antara satu sama lain,” katanya lagi dalam kenyataan itu. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested