Alam & Sains 05 Jun, 2021

Berita Terkini| 5 PPV baharu berskala mega! TNB pastikan bekalan elektrik dalam keadaan baik!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


TENAGA Nasional Berhad (TNB) telah memulakan persiapan awal bagi memastikan bekalan elektrik di lima lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega yang akan dibuka di Lembah Klang berada dalam keadaan baik.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, pihaknya telah mengatur beberapa persediaan selepas pengumuman mengenai PPV mega baru-baru ini antaranya membuat semakan dan pemantauan terhadap sistem bekalan di lima lokasi berkenaan.

“Bagi lokasi yang memerlukan pemasangan TNB, ia perlu dinaik taraf bagi membolehkan pemantauan dan kawalan bekalan dibuat secara jarak jauh, dan kerja naik taraf sedang dilaksanakan.

“TNB juga mendapat kerjasama dan sokongan baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak pengurusan 382 PPV sedia ada, serta lima lagi yang akan dibuka dalam usaha memastikan bekalan elektrik kepada PPV teratur sepanjang program imunisasi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu, 5 Jun 2021.

Pada 30 Mei 2021 lalu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan pembukaan lima PPV mega mulai 7 Jun melibatkan tiga di Selangor iaitu Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines di Seri Kembangan; Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kampus Puncak Alam; dan Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Manakala, dua lagi PPV mega akan dibuka di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


OPERASI kerja dilakukan dengan teliti supaya tenaga elektrik dapat disalurkan dengan selamat buat semua pengguna. Kredit FotoTNB Careline

0
0
0
0
0
You will be interested