Alam & Sains 26 Jun, 2020

Bisnes baharu! Fattah Amin mahu francaiskan Meat Cartel BBQ!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELAKON Fattah Amin memperkembangkan lagi bidang perniagaan yang diceburinya. Terbaharu ialah menjadi rakan kongsi bagi perniagaan francais bernama Meat Cartel BBQ. : KitaReporters

Fattah Amin bersama rakan kongsi melancarkan francais Meat Cartel BBQ di Kota Damansara


Meat Cartel BBQ adalah jenama francais mampu milik yang berkonsepkan makanan berasaskan daging dari Amerika Syarikat iaitu smoked BBQ (BBQ salai).

Meat Cartel BBQ cawangan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor diusahakan oleh Fattah bersama lima rakan.

Selain itu, restoran ini turut menyediakan khidmat penghantaran menerusi tempahan yang dibuat oleh para pelanggan secara dalam talian.

Fattah turut melayani pengunjung pada hari pembukaan rasmi restoran.


Perniagaan dalam bidang F&B bukan asing bagi Fattah kerana sejak Oktober 2016 dia telah membuka sebuah kafe makanan Barat iaitu Stalkers Café  di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Berikut adalah tulisan penuh Fattah dalam Instagramnya : 

"Setelah beberapa tahun menimba pengalaman dalam bidang F&B. Today, we have officially launched a smoked bbq franchise with a brand name of — Meat Cartel. ..

"Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang sudi hadir untuk turut serta bersama kami. My team and I have worked tirelessly on this special project since last year. 

"Alhamdulillah, kami berjaya survive PKP dan sekarang ready untuk grow and take Meat Cartel to a new height!

" ..Group photo bersama the Meat Cartel partners and first few franchisees yang terdiri daripada Kg Baru, Bangi, Subang dan Johor Bahru.

"To everyone out there yang berminat untuk membuka franchise Meat Cartel anda, do contact us and we would be delighted to welcome you in our Meat Cartel family!"

Fattah menjawab pertanyaan petugas media selepas pelancaran restoran francais Meat Cartlel BBQ.


Walau sibuk dalam beberapa perniagaan, ia tidak menghalang Fattah bergiat dalam bidang lakonan. 

Fattah bakal kembali ke layar perak menerusi filem seram berjudul ‘Miimaland’ arahan Nevin Hiong dan filem biografi sejarah ‘Mat Kilau’ arahan Syamsul Yusof.

Dalam masa yang sama, dia berdebar menantikan kelahiran anak pertamanya bersama Nur Fazura yang dijangka lahir pada Oktober 2020 ini. - KitaReporters

Antara menu Meat Cartel BBQ

27
2
5
2
5
You will be interested