Alam & Sains 28 Mar, 2020

PAHANG BUAT SENDIRI PAKAIAN PPE SECARA DIY

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this
PAHANG mengambil inisiatif menghasilkan sendiri Peralatan Perlindungan Diri (PPE) secara Do It Yourself (DIY) melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Penjara Negeri Pahang. Bekalan PPE sangat kritikal ketika ini dan ia merupakan salah satu perlindungan utama untuk petugas-petugas barisan hadapan (frontliners) melawan pandemik COVID-19 sekarang ini. : KitaReporters

Terdapat initiatif untuk membuat PPE secara DIY memandangkan keperluan ini mendesak. - Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, hasil perbincangan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, telah timbul inisiatif untuk membuat PPE secara DIY memandangkan keperluan ini mendesak

“Usaha ini mendapat reaksi positif dan akan melibatkan NGO seperti Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat), Puteri UMNO dan beberapa NGO lain,” katanya yang juga pengerusi Jawatankuasa pengurusan Bencana Negeri.

Beliau menambah, pihak Penjara Penor dan Penjara Bentong juga turut akan bekerjasama dalam menyediakan PPE ini.

“Diharapkan usaha kecil ini akan dapat membantu petugas-petugas kesihatan yang amat memerlukan. 

"Saya juga menyeru agar lebih ramai rakyat sama ada pihak individu atau pertubuhan serta sektor korporat di Pahang turut serta dalam usaha ini,” katanya baru-baru ini


Dr Sallehuddin juga berkata,10,000 penjawat awam lantikan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri Pahang bersedia memotong gaji mereka untuk disumbangkan kepada Tabung COVID-19 Pahang.

Menurutnya, melalui usaha dan pengorbanan penjawat awam yang prihatin itu, dianggarkan RM100,000 sebulan dapat dikumpulkan untuk disumbangkan ke tabung tersebut.

“Usaha kecil ini merupakan pengorbanan penjawat awam negeri Pahang bersolidariti bersama rakyat di negeri ini memikul beban mereka yang terjejas.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, banyak pihak yang telah terjejas termasuk penjaja, peniaga makanan, pemandu teksi dan banyak lagi.

"Justeru menyedari kesukaran dihadapi mereka, penjawat awam negeri Pahang terpanggil untuk bersama-sama memikul beban tersebut,” katanya lagi.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama barisan Exco Negeri Pahang sewaktu mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang diadakan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada 25 Mac 2020. - Kredit foto: Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) 


Terdahulu, Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah drastik bagi melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus untuk Tabung COVID-19 Pahang sebagai tanda prihatin terhadap nasib golongan yang terjejas ekoran penularan wabak dari Wuhan, China itu.

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang terdiri daripada Menteri Besar dan barisan Exco bersetuju gaji mereka dipotong 10 peratus untuk disalurkan ke tabung berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail


Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, potongan itu akan dilakukan selama tiga bulan bermula April sehingga Jun 2020.

Menurutnya, keputusan itu diambil sebagai rasa bertanggungjawab dan simpati mereka terhadap rakyat daripada pelbagai latar belakang kaum, usia dan kerjaya yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19. 

“Potongan ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.

“Semoga dengan potongan serta sumbangan kepada Tabung COVID-19 Pahang akan mendorong lebih banyak pihak untuk tampil dan turut menyumbang kepada tabung ini,” katanya menerusi satu kenyataan media di Kuantan pada Rabu, 25 Mac 2020.

Sumbangan boleh dibuat dengan Bank Muamalat menerusi akaun 06010002165711 (TABUNGCOVID19PAHANG). Maka. sama-samalah kita membantu setiap seorang yang terkesan dengan wabak COVID-19. : KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested