Alam & Sains 15 Jul, 2021

Video| Kerana darurat di Jawa, pengantin bernikah di dalam bas! Bas bergerak semasa akad nikah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ANGGO dan Titin selepas selesai upacara akad nikah di dalam sebuah bas di Jawa Tengah pada 11 Julai 2021. - Kredit foto : Tribunnews.com


Pemerintah Indonesia melaksanakan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat (seperti PKP di Malaysia) di Jawa Tengah akibat Covid-19 sedang melanda di negara repukblik itu. 

Namun ia tidak menghalang sepasang mempelai untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka, sebaliknya mereka nekad melakukan akad nikah yang agak bermakna itu di dalam sebuah bas pada Ahad, 11 Julai 2021 lalu.

Pasangan terbabit ialah Anggo Hayu Joko Siswoyo, 26, berasal dari Polanhargo, Klaten manakala pengantin perempuan, Titin Rachmatul Ummah, 23, dari kacamaten Sambi, Kabupaten Bayolali,  Jawa Tengah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan akad nikah


ANGGO melafazkan akad nikah di dalam sebuah bas. - Kredit foto: Tribunnews.com


Mereka melangsungkan upacara ijab kabul itu di dalam sebuah bas yang sedang bergerak dan ia disaksikan oleh ibu bapa serta ahli keluarga yang terdekat

Kedua-dua pasangan pengantin melakukan ucapara pernikahan mereka yang agak unik itu selepas kerajaan membatalkan perkahwinan mereka akibat PPKM Darurat pada saat akhir.


TITIN menurunkan tandatangannya pada borang pernikahan. - Kredit Foto : Detik.com 



Titin berkata, pada awalnya dia serta keluarganya merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan itu di rumahnya. 

Namun, katanya, kerajaan telah melarangkan perkahwinan mereka dilangsungkan di rumahnya ketika PPKM Darurat itu kerana kehadiran jiran serta sanak saudara yang agak ramai pada majlis tersebut.

``Saya tinggal di kampung dan sudah tentu jiran-jiran dan sanak saudara akan hadir ke majlis kami sekiranya pernikahan kami diadakan di rumah.

``Setelah berbincang dengan kedua-dua pihak keluarga maka kami bersetuju akad nikah kami diadakan di dalam bas dan kebetulan pula suami saya salah seorang pegawai di sebuah syarikat perlancongan,’’ kata Titin seperti dilaporkan Tribunnews.com pada Selasa 13 Julai 2021. 


Kredit Foto : Detik.com  


Ekoran itu, pernikahan tersebut viral dalam media sosial melalui akaun Instagramnya @titinrachma pada Selasa 13 Julai 2021.

Menurut Titin, jika dia tidak melangsungkan perkahwinan mereka di dalam bas kemungkinan pernikahannya akan tertangguh beberapa bulan lagi sehingga tamat PPKM Darurat di wilayah itu

 ``Sekarang saya sudah selesai ijab kabul dan syukurlah semuanya berjalan lancar biarpun ia dilaksanakan di dalam bas,'' ujarnya.

Dia  berkata, bayaran sewa bas itu bagi pernikahannya ialah Rp4 juta (kira-kira RM2,320.00) dan sewa  pakej peralatan pernikahan yang disediakan dalam bas itu juga dikenakan bayaran sejumlah Rp4 juta.

``Tidak ramai yang hadir kecuali 12 orang ahli keluarga yang terdekat termasuk seorang penghulu di Sambi.

``Walaupun bas itu dapat memuat 35 orang atau 40 orang tetapi kami tetap mematuhi SOP dalam situasi sekarang sebab itu kami hanya menjemput ahli keluarga yang terdekat sahaja,’’ kata Titin.

Pernikahan yang agak unik serta kelainan dari orang lain pasti akan menjadi kenangan yang abadi kepada Titin bersama suaminya sehingga akhir hayat. - KitaReporters 


BAS yang membawa pasangan pengantin terbabit.- Kredit foto: Detik.com

0
0
0
1
0
You will be interested