Alam Canggih 08 Oct, 2021

Video| Nelayan bakal bergelar jutawan! Temukan muntahan ikan paus atau ambergris bernilai RM5j!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

AMBERGRIS yang ditemui oleh Narong Phetcharaj. - Kredit foto: The National News


SIAPA sangka, pada awalnya seorang nelayan yang ternampak dari jauh satu objek di tepi pantai yang tidak berharga tetapi ia adalah muntahan ikan paus seberat 30 kilogram bernilai RM5 juta yang bakal membawa nelayan itu bergelar jutawan ambergris

Nelayan terbabit, Narong Phetcharaj menemukan ambergris di tepi pantai Niyom Wilayah Surat Thani, Thailand Selatan baru-baru ini dan tidak menyangka objek yang dianggap aneh itu dilihat dari jauh itu rupa-rupanya memberi rezeki yang amat bernilai kepadanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ambergris

NARONG Phetcharaj bersama muntahan ikan paus seberat 30 kilogram bernilai RM5 juta yang ditemukan di tepi pantai Niyom, Wilayah Surat Thani, Thailand Selatan, baru-baru ini. - Kredit Foto : The National News 



Muntahan ikan paus ataupun ambergris yang dipercayai dimuntah oleh ikan paus sperma di tengah-tengah lautan sebelum ia dibawa arus terdampar di tepi pantai itu berharga RM167,000 sekilogram. 

Dipetik laporan The National News memberitahu berikutan dengan penemuan muntahan ikan paus itu, Petcharaj serta rakan-rakannya membawanya ke sebuah Universiti Prince of Songkla untuk mengesahkan bahan itu sebagai ambergris yang asli.

Objek itu terhasil selepas ikan paus memakan sejumlah besar hidupan sefalopod seperti sotong yang tidak dicerna sepenuhnya kemudian ia bergerak di dalam usus ikan itu sebelum menjadi isim yang padat ke dalam perut ikan paus selama bertahun-tahun.


NARONG Petcharaj seorang nelayan bakal bergelar jutawan ambergris tidak lama lagi. - Kredit Foto : The National News


Ambergris lazimnya ditemui terapung-apung di permukaan laut selepas dimuntahkan oleh ikan paus.

Apabila ia basah baunya sangat busuk namun setelah dikeringkan bahan itu mampu mengeluarkan aroma yang manis serta tahan lama selain baunya amat mengharumkan. 

Ambergris merupakan ramuan yang sentiasa digunakan oleh industri minyak wangi berjenama.

Sementara itu, Petcharaj berkata dia amat teruja dengan penemuan ambergris ikan paus itu dan dia merancang untuk menjual muntahan ikan itu kerana dia mempunyai sijil untuk membuktikan bahan itu asli dan benar.

``Jikalau saya mendapat harga yang baik, saya akan berhenti bekerja sebagai nelayan dan saya akan mengadakan pesta bersama rakan-rakan,’’ kata Petcharaj. - KitaReporters


NARONG Phetcharaj menunjukan sijil ketulinan ambergris yang ditemui ditepi pantai.- Kredit Foto : The National News


13
17
0
11
1
You will be interested

Video| Baling menangis lagi! Banjir melanda semula! Kali ketiga dalam satu bulan! Penduduk bimbang!

Penduduk Baling sekali lagi dilanda dengan ujian bencana alam apabila hujan lebat selama beberapa jam sejak lewat petang 2 Ogos 2022 akibat banjir di 4 kampung

Video| Laluan LRT Kelana Jaya dibina di bawah kubur? Siap ada animasi grafik dan Google Map sekali!

Video paparkan animasi LRT laluan Kelana Jaya yang dikatakan dibina di bawah kubur bangkitkan semula perasaan ingin tahu sehingga raih hampir 8 juta tontonan
Fitri Hazim in Alam Canggih 1 day ago

Video| King dah naik pangkat! Perodua Myvi jadi kereta peronda polis? Siaplah semua! Berdesut kejar!

Perkongsian video mengenai kereta Perodua Myvi yang dikenali sebagai King of Road kelihatan punyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali gus undang persoalan
Fitri Hazim in Alam Canggih 2 days ago

Jumpa nanti di Kemboja 2024! Malaysia lepasi sasaran 36 pingat emas! Sukan Para ASEAN 2022 ditutup!

Malaysia ke-4 selepas Indonesia (104-144-1070), Thailand (113-113-86), Vietnam (63-58-54) pada Sukan Para ASEAN 2022 di Solo dengan 36 emas, 20 perak, 14 gangsa
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago

Video| Kreatif atau kedekut? Tentu lenguh tangan penumpang sebelah! Guna tangan jadi wiper manual!

Tular video paparkan gelagat dua lelaki yang naiki kereta. Penumpang sebelah dilihat gerakkan wiper secara manual gunakan tali dibuat sendiri semasa hujan lebat
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 1 week ago