Alam & Sains 01 Jan, 2024

Alhamdulillah! Semua PPS di Terengganu ditutup! Banjir dah pulih sepenuhnya! Namun tetap siap siaga!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


BANJIR yang melanda Terengganu pulih sepenuhnya apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kuala Nerus ditutup secara rasmi jam 2 petang Ahad 31 Disember 2023

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), PPS tersebut adalah Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah yang sebelum ini menempatkan enam mangsa daripada sebuah keluarga.

“Enam sekeluarga tersebut sebelum ini berlindung di PPS berkenaan ekoran kawasan rumah mereka di Kampung Mengabang Telong, Kuala Nerus mengalami hakisan pantai pada 25 November 2023 lalu,” menurut satu kenyataan itu.


BEKALAN Makanan untuk mngsa banjir di PPS


Terdahulu menurut kenyataan itu, dua PPS di Dungun iaitu Dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati, Dungun, ditutup secara rasmi jam 9 pagi Ahad 31Disember 2023.

"Seramai 112 mangsa daripada 33 keluarga yang berlindung di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing," ujarnya.

Banjir gelombang ketiga yang berlarutan sejak lapan hari lalu telah menjejaskan lebih 10,000 mangsa di semua lapan daerah di Terengganu.

Bagaimana pun JPBNT memaklumkan pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi banjir gelombang yang seterusnya memandangkan musim Monsun Timur Laut masih belum berakhir. - KitaReporters

 

6
12
1
22
0
You will be interested