Alam & Sains 27 Sep, 2022

Kolaborasi Yayasan Tuanku Nur Zahirah - UniSZA! Sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

Reka bentu pintu gerbang khas rekaan UniSZA sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN di Putrajaya. - Kredit gambar: Media UniSZA


SIMPOSIUM Tekstil Tradisional ASEAN kali kelapan yang sedang berlangsung di Putrajaya bakal menghimpunkan lebih 200 penggiat seni tekstil, artisan dan penenun dari rantau Asia Tenggara

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Tenun Pahang Diraja, ia menjadi medium pemeliharaan dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN selain berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seni tenunan


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan mencemar duli menghadiri perasmian Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 pada Isnin 26 September 2022. 

Sempena simposium tersebut, Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) turut mempamerkan koleksi songket dan tenunan untuk tatapan peserta.


 Yang Dipertuan Agong  melawat  himpunan koleksi  di ruang pameran UniSZA


Universiti Sultan Zainal Abidil (UniSZA) Terengganu berpeluang  mereka bentuk dan membangunkan pintu gerbang khas yang mengambil inspirasi daripada budaya Terengganu bersama YTNZ di reruai pameran

Selain itu, produk inovasi pembungkusan songket oleh pengkaji UniSZA turut dipamerkan.


Sebahagian tetamu kenamaan yang hadir


Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zaharah selaku penaung Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) turut mencemar duli melawat reruai pameran YTNZ. 

Pada majlis tersebut, antara tetamu yang hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA, Prof Dr. Zuhairah Ariff  Abd. Ghadas dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA, Muzafar Mohd Din. 


Sebahagian jemputan yang hadir pada majlis perasmian Simposium Tekstil ASEAN di Putrajaya


UniSZA dalam satu kenyataan media menzahirkan rasa berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan YTNZ dalam melestarikan seni tekstil serta tenunan tradisional dan komited dalam mempergiatkan usaha seumpama ini pada masa hadapan. - KitaReporters

Yang Dipertuan Agung bersama Permaisuri Agong berangkat masuk ke dewan simposium

 

13
11
1
13
0
You will be interested