Seorang wanita menjadi saksi keajaiban alam apabila terlihat kalimah Allah SWT muncul terbentuk daripada kepulan awan di langit Segamat baru-baru ini.

Menurut saksi kejadian Norina Hassan, 52, dia yang sedang
memandu kereta ke tempat kerja merasa terkejut melihat kepulan awan di langit
yang terbentuk tulisan kalimah Allah daripada tulisan jawi, Alif Lam Lam Ha.
"Saya dalam perjalanan ke tempat kerja dari kawasan Taman Yayasan menuju ke Jalan Segamat - Kuantan.
"Sewaktu kejadian pada kira-kira pukul 6.30 pagi, cuaca juga baik dan matahari hendak mula terbit.
"Saya terus memberhentikan kereta di bahu jalan untuk merakamkan kejadian itu kerana ini pertama kali saya saksikan kebesaran Allah seperti itu.
"Masy-Allah Subhanallah.. besarnya kuasa Allah. Saya nampak kalimah Allah di hening pagi subuh. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah S.W.T," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Norina berkata, sewaktu kejadian, kepulan awan tulisan
kalimah Allah tu lebih kelihatan jelas apabila dilihat dengan mata kasar
berbanding dengan gambar yang dirakamnya selepas beberapa minit itu.
Warga Segamat sebelum ini digemparkan dengan gegaran gempa bumi lemah bermula pada 24 Ogos 2025 dengan magnitud 4.1 skala Richter buat pertama kalinya berlaku.
Beberapa gegaran susulan sebanyak lima kali selepas itu turut menyebabkan beberapa kediaman dan bangunan di sekitar Segamat retak namun disahkan selamat untuk diduduki. - KitaReporters