Alam & Sains 26 Dec, 2022

Video| Fenomena ikan terbang! Puluhan ribu ikan melompat, terdampar di pantai! Akan ada gempa bumi?

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

IKAN di permukaan air sebelum melompat ke tepi pantai Pulau Bidadari, Kepulauan Seribu pada 18 Disember 2022. - Kredit foto:  Publikkaltim.com


WARGA di pesisir pantai sekali lagi digemparkan dengan fenomena kemunculan berpuluh-puluh ribu ikan terdampar di daratan sekitar  Pulau Bidadari, Kepulauan Seribu, Jakarta, Indonesia pada 18 Disember 2022 lalu. 

Fenomena ikan melompat-lompat di permukaan air laut sebelum terdampar di tepian pantai bukanlah kejadian yang baharu di kawasan tersebut.

Sebaliknya pada akhir November 2022 lalu, kejadian yang hampir sama terjadi di Pulau Mutiara, Ancol berdekatan dengan Kepulauan Seribu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ikan-ikan


 

BEBERAPA warga sedang memungut ikan-ikan yang terdampar di Pulau Bidadari, Kepulauan Seribu, Jakarta. - Kredit foto: detik.com


Bagi warga dan nelayan yang menetap di pesisir pantai, kemunculan fenomena ikan berkenaan telah memberi sumber rezeki kepada mereka.

Potal berita  detik.com pada 20 Disember 2022 lalu dipetik berkata namun di sebalik kegembiraan warga berpusu-pusu datang memungut ikan-ikan yang terdampar sepanjang pantai tersebut sebagai rezeki yang muncul  bagi kegunaan keperluan mereka, ada dalam kalangan mereka mengatakan bahawa fenomena ikan tersebut yang begitu banyak itu sebagai petanda gempa bumi atau tsunami bakal berlaku di kawasan pantai berkenaan tidak lama lagi.


Kredit foto: Liputan 6



Sebuah video yang dimuat naik dalam media sosial oleh seorang petugas di sebuah jabatan kerajaan bernama Hidayat Arif pada pagi kejadian itu. 

Menerusi video terbabit memperlihat banyak ikan tanpa dinyatakan spesisnya melompat di permukaan air sebelum terdampar di beberapa lokasi di Pulau Bidadari.

Bagaimanapun, Ketua Pusat Meteorologi Maritim, Badan Meteorologi Kimatologi dan Geofisika (BMKG), Eko Prasetyo berkata, ada beberapa faktor yang menyebabkan ikan tersebut meloncat di pinggir pantai.

Beliau berkata, kejadian ikan tersebut tiada kaitan dengan gempa bumi atau tsunami seperti yang diuar-uarkan oleh masyarakat di pulau itu.


IKAN yang terdampar di Pulau Bidadari  dipercayai ikan kembong . - kredit foto: detikNews.com


Menurutnya, fenomena ikan meloncat itu sebelum ini pernah berlaku beberapa kali di kawasan lain di negara itu. 

Eko meminta masyarakat tidak perlu bimbang dengan fenomena ikan itu dan jangan mudah percaya dengan kejadian bencana alam yang disebarkan oleh pihak-pihak  tidak bertanggungjawab.

‘’Daripada hasil kajian awal, kami percaya ikan tersebut terjadi sedemikian  kerana terdapat beberapa faktor termasuk oksigen dan kesuburan air laut yang rendah di sesuatu tempat.

``Ia menjadikan punca makanan ikan (plankton) dari sumber asli air laut itu terjejas lalu terdorong dengan arus air yang deras serta gelombang sehingga membawa ikan-ikan itu ke tepi pantai,’’ katanya. - KitaReporters


10
10
0
12
0
You will be interested