Alam & Sains 14 Sep, 2021

Tapaufood Geng Mangkuk Tingkat! Bantu peniaga berniaga masa COVID-19! Peluang kerja jadi rider!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Perkhidmatan Tapaufood menjadi tarikan baru kepada penduduk Perlis sejak pandemik COVID-19.


LEBIH 300 vendor dan 30 rider berpeluang untuk menjana pendapatan harian mereka melalui perkhidmatan penghantaran barang makanan dan minuman dari rumah ke rumah sekitar Arau dan Kangar.

Pengarah Urusan Tapau Technology Sdn Bhd Muhammad Shahir Zulkefflie, 31, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang telah mengasaskan Tapaufood ini bagi membantu peniaga-peniaga dan mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan khidmat penghantaran


Pengarah Urusan Tapau Technology Sdn Bhd Muhammad Shahir Zulkefflie (kiri) sekali bersama staf-stafnya.



Siswazah lulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini memulakan perkhidmatan Tapaufood pada tahun 2020 ini bersama dua orang sahabatnya ketika itu.

Namun dengan berkat kesabaran dan niat untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan kini lebih 300 rider dan 5,000 vendor telah berdaftar dengan mereka.

“Rata-rata mereka yang bekerja sebagai rider ini amat gembira kerana dapat memulihkan kembali sumber kewangan mereka akibat pemberhentian kerja dari majikan mereka,” sambung Muhammad Shahir.


Rider menyerahkan makanan yang ditempah kepada pelanggan yang membuat tempahan sekitar Arau dan Kangar.


Penghantaran makanan yang ditempah sekitar Kangar dan Arau.


Manakala peniaga-peniaga yang terjejas kerana terpaksa menutup gerai makanan dan minuman pula dapat menarik nafas lega kerana kini makanan dan minuman dapat ditempah terus dari kediaman mereka.

Muhammad Shahir yang memulakan perniagaan dengan modalnya sendiri itu menyasarkan perkhidmatan penghantaran makanan halal dan produk Muslim dari rumah ke rumah sejauh 35 kilometer.

Moga perkhidmatan ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada peniaga dan rider malah dapat membantu penduduk untuk membuat tempahan terus dan mengehadkan pergerakan mereka terutama ketika COVID-19. - KitaReporters


Antara makanan yang menjadi tarikan untuk tempahan penduduk Perlis.


Tempahan boleh dilakukan melalui aplikasi.

14
12
0
13
0
You will be interested