Alam & Sains 22 Jan, 2021

Video| Kejadian aneh masa banjir di Kalimantan! Ruang solat Masjid Ehya Uddin tak jejas bah?

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Dewan utama solat Masjid Ehya Uddin di Perkampungan Desa Banjaya, Kachamatan Bati Bati, Kalimantan Selatan tidak terjejas banjir walaupun bahagian beranda luar dipenuhi air. - Kredit Foto: FB Shakira Ardelia.


PERISTIWA yang dianggap aneh dan menghairankan penduduk berlaku di sebuah perkampungan semasa banjir besar di daerah Kalimantan Selatan (Kalsel), Indonesia berikutan hujan berterusan dan air laut pasang besar.

Pada kejadian itu, ruang utama solat Masjid Ehya Uddin di Perkampungan Desa Banjaraya atau dikenali juga sebagai Bena Ajer di Kachamatan Bati Bati langsung tidak terjejas akibat banjir, sekalipun pekarangannya termasuk bahagian beranda dinaiki air hampir paras lutut.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Kalimantan:

https://kitareporters.com/search?search=kalimantan



Berikutan keadaan itu ada dalan kalangan penduduk menganggapnya sebagai suatu yang aneh dan menghairankan selain ada menyifatkan masjid berkenaan sebagai 'keramat'.

Suasana yang berlaku tersebar luas melalui sebuah rakaman video dalam laman sosial FB akaun milik Shakira Ardelia pada Jumaat 15 Januari 2021 lalu.

Banjir yang berlaku kali ini sekalipun lebih teruk daripada sebelumnya, tetapi masjid lama itu yang menjadi institusi untuk kegiatan penduduk setempat sama ada solat, keagamaan dan kemasyarakatan, ruang bahagian dalam bangunan utamanya langsung tidak terjejas.


Sebahagian orang ramai meredah banjir di pekarangan Masjid Ehya Uddin di Desa Banjaraya, Kachamatan Bati-Bati.


Salah seorang penduduk mencerita keadaan banjir yang berlaku di masjid berkenaan.


Rakaman video yang dipaparkan mengenai banjir lebih tertumpu kepada keadaan bencana terjadi di sekitar kawasan masjid yang dikatakan sebagai luar biasa.

Seorang penduduk yang ditemui semasa rakaman itu berkata, banjir yang hampir sama pernah berlaku kira-kira lima tahun lalu iaitu pada 2017 di kampung itu.

Bagaimanapun, datuk beliau pernah memberitahu, dewan solat Masjid Ehya Uddin tidak terjejas seperti mana yang terjadi baru-baru ini, sekali pun air memenuhi ruang beranda di bahagian luar masjid.



Ketinggian para air banjir di Desa Banjaraya, Kachamatan Bati Bati hampir 0.4 meter termasuk kawasan pekarangan Masjid Ehya Uddin.


Dengan keadaan yang berlaku, menurutnya beberapa penduduk termasuk individu yang membuat rakaman video tersebut menganggapnya sebagai luar biasa dan 'keramat'.

Sebelum ini, banjir besar berlaku pada 12 Januari 2021 lalu di 10 wilayah di daerah Kalsel hingga menjejaskan kehidupan puluhan ribu penduduknya, malahan ada yang dipindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) telah mengadakan lawatan segera dan menyampaikan bantuan kecemasan.


Paras air di bahagian beranda Masjid Ehya Uddin hampir mencecah lutut.


Masjid Ehya Uddin antara salah sebuah masjid lama yang dibina puluhan tahun lalu dan mempunyai seni bina Islam yang unik lagi menarik.

Berikutan pekarangan masjid tersebut ditenggelami banjir dengan kadar paras airnya hampir 0.4 meter telah menjadikan sebagai tempat kanak-kanak bermain air dan berenang dalam keadaan selamat kerana kawasan keliling  berpagar.

Sebagai manusia kita perlu mengakui bahawa suatu kejadian yang berlaku sekalipun tidak terjangkau di fikiran ia merupakan kekuasaan dan kehendak pencipta. 

Suatu itu yang berlaku itu adalah dengan kehendak-Nya. - KitaReporters


Masjid Ehya Uddin walaupun sekitarannya dilempahi banjir tetapi bahagian dewan solat utamanya tidak terjejas.


Kanak kanak menjadikan kawasan perkarangan masjid sebagai tempat bermain air dan berenang berikutan banjir tersebut.

5
1
1
1
0
You will be interested