Alam & Sains 19 Apr, 2021

Video| Hati-hati taktik samun! Langgar kereta dari belakang kononnya kemalangan! Paksa keluar!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Suspek bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta serta menarik mangsa keluar dan memukul dengan kayu sebelum melarikan telefon bimbit milik sepupu mangsa . – Kredit foto: Media sosial.


TULAR sebuah klip video yang berdurasi 1:04 saat apabila sekumpulan lelaki seramai empat orang yang menaiki kereta Honda Civic berwarna putih bertindak melanggar sebuah kereta Perodua (mangsa) dari belakang dan kemudian memecahkan cermin kereta di sebelah kanan dan depan pemandu tersebut.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang pada Ahad (18 April 2021) di tepi jalan Taman Sentosa, Klang, Selangor membabitkan dua mangsa berbangsa Cina.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan samun

Tangkap layar aksi suspek mengambil sebatang kayu dan cuba memecahkan cermin tingkap tempat duduk pemandu mangsa samun. – Kredit foto media sosial.



Mangsa juga kelihatan seperti enggan keluar daripada kenderaannya selepas dilanggar dan menyebabkan  salah seorang suspek cuba menghampiri kereta mangsa dan mengarahkan mereka keluar.

Namun, tindakan berdiam diri mangsa telah mendorong seorang suspek cuba untuk memecahkan tingkap pemandu menggunakan tangan.

Suspek naik berang apabila dia kemudiannya mengambil sebatang kayu dan terus memukul cermin tingkap dengan sekuat hati sehingga pecah.



Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli pihaknya telah menerima satu laporan mengenai video tular tersebut. Beliau turut mengesahkan insiden samun dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan itu.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh mangsa telah dilanggar dari belakang oleh kereta yang dinaiki empat suspek.

“Suspek telah bertindak memecahkan cermin kereta dan menarik mangsa keluar serta memukul dengan kayu.

“Suspek kemudian turut merampas telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, kesemua suspek berbangsa Melayu akhirnya berjaya diberkas oleh polis dan siasatan awal mendapati  hasil saringan ujian air kencing menunjukkan kesemua suspek adalah positif dadah jenis methamphetamine (metamfatamin)

Mangsa samun hanya mengalami cedera ringan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan. - KitaReporters.


Sumber:

https://fb.watch/4YHxwiubQb/

https://www.facebook.com/watch/?ref=search&v=478292720094243&external_log_id=9a06d7bc-ab78-44a0-8544-4d1cada43322&q=video%20kemalangan%20di%20taman%20sentosa

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/langgar-belakang-kereta-dan-samun-empat-ditahan-di-klang-293993

0
1
2
2
1
You will be interested