TRAGEDI kepala air menyebabkan banjir lumpur dan menghanyutkan pokok-pokok balak ke kawasan kampung dan mengakibatkan tiga mangsa dihanyutkan air dengan dua daripadanya ditemui maut hari ini, Selasa 5 Julai 2022 oleh unit penyelamat bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan pihak polis.
Kejadian petang semalam turut menyebabkan sekurang-kurangnya enam buah rumah roboh dan lebih 200 buah rumah rosak teruk,
Kejadian banjir petang semalam (Isnin, 4 julai 2022) menyebabkan Sungai Iboi dan Sungai Kupang melimpah sehingga berlaku banjir di luar dugaan penduduk terbabit.
Lagi gambar-gambar dalam FB KitaReporters
Kampung terbabit ialah Kampong Iboi, Kampung Bendang Becah, Kampong Padang Empang, Kampong Padang Iboi dan Kampong Becah Tok Saba.
Mangsa banjir yang ditemui mahu kerajaan negeri menghentikan projek tanaman Durian Musang King di hutan kawasan Gunung Inas yang tidak jauh dari kampung mereka.
Penduduk turut mendakwa punca kejadian banjir akibat pecahan beberapa buah kolam takongan air di kawasan projek itu petang semalam.
Sementara itu keluarga yang kehilangan ahli keluarga yang maut akibat dihanyutkan oleh arus banjir yang merobohkan rumah mareka enggan ditemui akibat terharu dengan kejadian yang menimpa mereka.
Aishah Ahmad
Sementara itu seorang ibu, Aishah Ahmad, 35, yang ditemui KitaReporters memberitahu, ketika banjir tiba-tiba melanda kawasan rumah mereka dalam hujan lebat petang semalam menyebabkan ahli keluarga mareka panik dan tidak tahu apa punca sabenarnya sehingga air sungai naik berdekatan rumah mereka naik mendadak dan mejadi begitu kuat berserta dengan batang-batang kayu besar dihanyutkan.
Jelas Aishah, setelah sebahagian daripada rumahnya ditenggelami air, dia bersama keluarganya mengunakan meja untuk menyelamatkan diri dengan menebuk bumbung rumah dan naik ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri termasuk tiga anaknya berusia 5 bulan sehingga 5 tahun.
Bagaimanapun katanya mereka bersyukur air sungai surut pada sekitar pukul jam 8.30 malam semalam (Isnin, 4 Julai 2022).
Abd Rahman Ahmad
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir, Abd Rahman Ahmad, 70, dari Kampong Iboi terharu kerana semua kereta milik keluarganya sebanyak empat buah dan tiga buah motosikal dihanyutkan banjir sejauh lebih 500 meter dari halaman rumahnya.
Penternak kambing, Jamal Othman, 52, dari Kampong Padang Empang pula memberitahu, akibat arus banjir terlalu kuat, bangsal kambingnya roboh dan lebih 20 ekor kambingnya dihanyutkan oleh arus banjir.
Juga mangsa banjir, Ramli Bakar, 64, dari Kampung Padang Empangan, Kupang bersyukur sempat menyelamatkan keluarganya namun mengalami kerugian lebih RM50,000 kerana barang-barang berharga dihanyutkan oleh banjir.
Beliau yang terperangkap dalam arus deras banjir terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat pokok rambutan sebelum bantuan datang menyelamatkannya pada pukul 8.25 malam.
Sementara itu, hari ini, Selasa 5 Julai 2022, Ahli Perlimen Baling Dato Seri Abd Azeez Rahim meninjau kawasan kampong yang dilanda banjir serta menemui mangsa mangsa yang terlibat. - KitaReporters
Ramli Bakar