KENDERAAN dan mekanik berpisah tiada, itu gambaran paling tepat kerana apa juga jenis kenderaan yang kita pandu jika mengalami sebarang masalah bengkel keretalah kita rujuk. Tukang baiki kereta di sana atau mekanik adalah individu yang memainkan peranan untuk membaik pulih kembali kenderaan terbabit.
Justeru peranan mekanik ini sangat besar malah bidang automotif di negara ini sedang berkembang pesat di mana semakin banyak peluang mempelajari bidang tersebut ditawarkan di institut latihan dan kolej.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mekanik
Mohd Iqbal Mohd Noor berucap pada majlis Pelancaran IKTBN Dusun Tua sebagai lokasi pengambaran rasmi program TV realiti, TV Master Auto – The Mechanic di ITBN pada Sabtu, 10 April 2021 di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor
Bagi tujuan mengangkat kerjaya mekanik sebuah program TV realiti berjudul Master Auto – The Mechanic Malaysia yang pertama kali diterbitkan di Malaysia bakal menemui penonton pada September 2021.
Program tersebut mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan diterbitkan oleh Merpati World Holdings Berhad dengan memilih Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua di Hulu Langat, Selangor sebagai lokasi penggambaran.
Dimaklumkan, cetusan idea program tersebut datangnya daripada seorang usahawan automotif, Mohd Asri dari TAG Auto.
Mohd Iqbal Mohd Noor (tengah) menyerahkan memorandum persefahaman kepada Zainal Abidin A Hamid (kanan) sambil diperhatikan oleh Dalila Sharingat pada majlis Pelancaran IKTBN Dusun Tua sebagai lokasi pengambaran rasmi program TV realiti, Master Auto – The Mechanic.
Menurut Pengarah Kemahiran Pembangunan Kemahiran Belia, Mohd Iqbal Mod Noor, program tersebut akan menyaksikan bakat dan kesungguhan anak-anak muda lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) automotif menjadikan kerjaya mekanik antara bidang yang berpotensi untuk meraih pendapatan yang baik.
“Jadi KBS menyokong idea itu kerana
secara tidak langsung program akan mempromosi latihan pendidikan TVET khususnya bidang automotif, sekali gus menarik minat belia untuk menceburinya,”
ujarnya.
Beliau
berkata demikian di majlis Pelancaran IKTBN Dusun Tua sebagai lokasi pengambaran rasmi Program TV Realiti, Master Auto – The
Mechanic di ITBN pada Sabtu, 10 April 2021 di Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor
Hadir sama, Penyelaras Program, Datuk Hassan Saad dan Pengarah IKTBN, Dalila Sharingat.
Tambahnya, program seumpama itu membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap industri automotif dan lebih optimistik terhadap kerjaya mekanik kenderaan.
“Lebih
ramai pakar dalam bidang automotif akan mengembangkan potensi mereka kerana juara
program akan berpeluang mengurus pusat pembaikan sehenti bernilai sehingga RM1
juta,” katanya.
Sementara
itu, bagi menjayakan program, syarikat
Merpati World Holdings akan menjadi
penaja kerana bersetuju bidang mekanik sebagai kerjaya yang sewajarnya diterokai
lebih mendalam kerana berpotensi untuk dimajukan.
Pengerusinya.
Datuk Seri Zainal Abidin A. Hamid berkata, program Master Auto – The
Mechanic ini bakal menjadi perintis anak
muda ke arah kerjaya mekanik yang cerah pada masa akan datang.
“Kami
menyambut baik apabila program TV realiti ini dikemukakan kerana percaya ramai dalam kalangan anak muda yang berminat dengan kerjaya makanik terutama mereka yang
sedang melanjutkan pendidikan TVET.
”Selain
menyerlahkan bakat mereka saya percaya ia menarik minat penonton apabila
disiarkan nanti. Saya berharap dengan adanya kolaborasi bersama beberapa pihak
dan rakan strategi seperti Telentive International Sdn Bhd, Civicas Sdn Bhd,
AMZ Studio dan Merpati Event Solution Sdn Bhd.
“Disokong
pula oleh KBS, saya
yakin program TV realiti pertama, Master
Auto - The Mechanic Malaysia ini akan menjadi satu perintis anak muda ke arah
kerjaya mekanik yang cerah pada masa hadapan. Dimaklumkan sudah ada beberapa
stesen TV yang berminat untuk bersama kita dan sedang di dalam perbincangan
peringkat akhir,” ujarnya. - KitaReporters
Mohd Iqbal Mohd Noor (tengah) dan Zainal Abidin A Hamid (kanan) sambil diperhatikan oleh Dalila Sharingat (kiri) pada majlis Pelancaran IKTBN Dusun Tua sebagai lokasi pengambaran rasmi program TV realiti, Master Auto – The Mechanic di ITBN Dusun Tua di Hulu Langat, Selangor