Alam & Sains 07 Dec, 2020

Video| Ini masanya Kita Jaga Kita! Supaya Kita Mesti Menang!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

KERAJAAN ternyata tiada banyak pilihan dan makin tersepit sehingga terpaksa mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan kawasan, walaupun kes positif baharu dan kes aktif masih kekal tinggi. Ternyata kiblat sasaran kerajaan sudah bertukar sekarang ini.  : KitaReporters 



Lagi cerita-cerita berkaitan Kementerian Kesihatan (KKM):

https://kitareporters.com/search?search=kementerian+kesihatan


Ketika kerajaan cuba sedaya upaya untuk memutuskan rangkaian Covid-19, sudah pasti konsep 'try and error' yang mampu mengurangkan risiko akan diambil oleh pemerintah pada setiap masa. Ia bukan flip flop, tetapi itulah keadannya ketika kita berada di situasi semi darurat akibat pandemik COVID-19 ini.



Saban hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sektor keselamatan negara bertungkus lumus mencari solusi terbaik, dengan dibantu oleh agensi-agensi dan pihak lain.

Sebab itulah setiap hari rakyat disajikan dengan sidang media atau maklumat daripada Menteri Kanan (Keselamatan) dan maklumat kes daripada KKM. 



Kini, strategi kerajaan berubah sepenuhnya kepada mitigasi penularan Covid-19 agar jumlah kes tidak mencanak naik berlipat ganda, di samping dalam masa yang sama menunggu vaksin sampai ke Malaysia.

Adakah pendekatan kali ini betul? Rasanya sukar untuk mana-mana pihak mengesahkan tindakan ini betul atau salah. Sebab realitinya, ekonomi negara sudah tidak dapat bertahan lagi jika kita terus menerus terkurung melalui perintah kawalan pergerakan yang terhad.

Maka selepas ini tidak mustahil kerajaan akan melepaskan beberapa sektor ekonomi yang diyakini tidak begitu berisiko tinggi untuk beroperasi, dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan wajib dijaga rapi. 



Pada masa yang sama, KKM juga terus memainkan peranannya dengan menyedia kemudahan kesihatan dan para pakar perubatan serta frontliners (barisan hadapan) kesihatan dengan jumlah yang mencukupi.

Kita tidak mahu meminta, namun sekiranya berlaku siri-siri peningkatan kes positif baharu dan kes aktif ketika lagi pada bila-bila masa, maka KKM mampu 'menjaga kita' dari virus maut berkenaan makin menular, dan mengubati mereka yang dimasukkan ke dalam wad.

Rakyat perlu meletakkan kepercayaan penuh bukan sahaja kepada kerajaan, malah kepercayaan kepada SOP, amalan norma baharu dan kepada orang disekeliling.

Sudah tiba masanya untuk masing-masing berdisiplin tinggi mengikut SOP dan norma baharu sekiranya tidak mahu kerajaan mengumumkan PKP Bersyarat (PKPB), atau PKP Diperketatkan (PKPD) lagi. Hanya dengan cara inilah virus dapat disekat dari terus merebak, dan sektor ekonomi pula mampu berjalan seperti biasa.

Ini barulah betul-betul kita dapat lihat implementasi konsep 'kita jaga kita'. - KitaReporters



0
0
0
0
0
You will be interested