Alam & Sains 22 May, 2021

Berita Terkini| PKP 3.0: Operasi perniagaan kini dihadkan 8 pagi hingga 8 malam! Mulai 25 Mei!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

WAKTU operasi perniagaan dihadkan kepada 8 pagi hingga 8 malam sahaja sepanjang PKP 3.0 mulai 25 Mei 2021. - Kredit foto: mediahub.com


BERMULA Selasa, 25 Mei 2021, masa operasi perniagaan akan dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu itu adalah strategi kedua sekatan tambahan bagi mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Waktu operasi perniagaan termasuk di pusat beli-belah dan kedai makan sepanjang PKP 3.0 hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.

"Namun pengecualian diberikan kepada farmasi yang dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pada Sabtu, 22 Mei 2021.

Menurutnya, peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.

Tegas beliau sistem pengangkutan awam juga akan dihadkan kepada hanya 50 peratus sahaja kapasiti seperti dilaksanakan ketika PKP pertama dulu.

"Operasi perniagaan antaranya penjualan makanan pandu lalu, kedai runcit, kedai serbaneka yang sebelum ini dibenarkan hingga jam 10 malam kita pendekkan kepada jam 8 malam," katanya.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, selain penambahan sektor ekonomi, kerajaan juga menetapkan aktiviti sosial, beriadah dan sukan termasuk majlis-majlis rasmi kerajaan juga tidak dibenarkan.

"Aktiviti secara individu masih kita benarkan. Kita menetapkan aktiviti ini sehingga jam 8 malam sahaja kecuali aktiviti keagamaan seperti masjid masih dibuka sehingga waktu isyak.

"Masyarakat perlu melaksanakan amalan PKP kendiri untuk tempoh dua minggu bagi memutuskan rangkaian Covid-19 supaya hospital-hospital boleh menampung pesakit akan datang," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1
You will be interested