Alam & Sains 31 May, 2021

Syabas KPLB! Syabas Pahang! Guna 20 PKD untuk daftar imuniti vaksin COVID-19 dengan lebih mudah

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


ANTARA usaha kita bersama untuk melawan penularan virus maut COVID-19 di negara ini adalah dengan membentuk imuniti kelompok, di mana sekurang-kurangnya sebanyak 70 hingga 80 peratus dalam kalangan penduduk di Malaysia berjaya diberi vaksin COVID-19.

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, setakat minggu lalu (28 Mei 2021), negara kita baru sahaja mencatatkan seramai 1,014,342 orang lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Manakala kita menjangkakan seramai 23 juta orang akan lengkap diberi vaksin COVID-19 sehingga hujung tahun 2021 bagi mencipta imuniti kelompok yang diharapkan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PICK


Terus terang, perkembangan semasa penerimaan vaksin COVID-19 yang telah lengkap (dua dos) ini agak membimbangkan kerana mungkin impian untuk mencipta imuniti kelompok pada Disember 2021 tidak akan kesampaian.

Antara perkara yang difikirkan mampu menjadi batu penghalang kepada kejayaan ini adalah disebabkan faktor pengaruh kumpulan antivaksin dan tidak menerima maklumat yang sahih.

Justeru, pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah perlu untuk memberi penerangan yang sahih kepada penduduk negara ini dan membantu mereka untuk mendaftar menerima dos vaksin COVID-19 ini.



Kita wajar memuji tindakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang telah menggerakkan 'task force' (pasukan bertindak) pendaftaran imunisasi vaksin COVID-19 di Pusat Komuniti Desa (PKD) seluruh negeri Pahang.

Difahamkan sebanyak 20 PKD seluruh negeri Pahang akan terlibat dalam usaha mendaftarkan orang-orang kampung untuk menerima vaksin COVID-19 ini secara percuma.

Berikut disertakan infografik yang mengandungi maklumat diperlukan untuk mereka yang mahu mendaftar penerimaan vaksin COVID-19 di PKD berhampiran :



Kredit foto: KPLB


Syabas diucapkan kepada KPLB, termasuklah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis yang turut mengusahakan gerak kerja ini bagi meringankan beban rakyat di kampung.

Abdul Rahman turut melancarkan kempen "Lipis Mesti Menang!" yang mendorong penduduk dalam kawasan Lipis khususnya untuk terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui prosedur operasi standard (SOP).



"Varian terbaru virus COVID-19 ini dilihat makin cepat menular dan dah pun berada dalam komuniti kita. Dalam seminggu kebelakangan ini, jumlah kes baharu harian tidak kurang dari 4,000 kes sehari.

"Begitu juga yang berlaku di negeri saya, negeri Pahang. Kes yang masih aktif di Pahang juga masih tinggi iaitu sekitar 1,591 kes dan jumlah kematian setakat hari yang sama sudah mencecah 52 orang.

"Untuk makluman penduduk di Lipis, ingin saya berpesan dan kongsikan bahawa pada 26 Mei (2020) lalu, kawasan kita telah menjadi daerah kedua tertinggi mencatatkan kes baharu.

"Walaupun kes aktif di Lipis sekitar 197 kes dan bukan yang tertinggi, namun saya masih merasa risau akan data ini sekiranya kita semua tidak jalankan peranan sepenuhnya dan mengambil mudah akan SOP serta kawalan kendiri," pesannya melalui Facebook baru-baru ini.

Rentetan daripada itu, usaha KPLB untuk memudahkan penduduk luar bandar mendaftar penerimaan vaksin COVID-19 sudah tentu akan dapat merealisasikan kempen Abdul Rahman "Lipis Mesti Menang!", termasuklah di seluruh negeri Pahang.

Justeru, bagi mereka yang berada di Pahang yang masih berasa sukar untuk mendaftar imunisasi vaksin COVID-19 bagi menjadikan kita penduduk yang menang melawan virus ini, eloklah segera menuju ke PKD berhampiran atau hubungi pengurus KPD mengikut kawasan berhampiran. 

Kita mesti menang! - KitaReporters


3
0
0
0
0
You will be interested