Alam & Sains 05 Oct, 2020

Dr Zul positif COVID-19! Jemaah masjid diminta buat saringan

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

JEMAAH yang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Ulul Albab, Seberang Jertih, Terengganu diminta menjalani pemeriksaan COVID-19 di mana-mana klinik dan hospital berhampiran. Ini ekoran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah disahkan positif COVID-19. : KitaReporters 

Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih,Terengganu antara yang dikunjungi Menteri Agama pada 25 September 2020


Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Pengerusi Masjid tersebut, Ayub Jusoh berkata, tindakan itu perlu dilakukan susulan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini, 5 Oktober 2020 telah mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19 dan kini sedang menjalani rawatan.


Kata Ayub, menteri berkenaan telah datang ke masjid tersebut pada 25 September 2020 dan sempat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut.

Malah, katanya, ketika berkunjung ke masjid tersebut Dr Zulkifli turut membaca khutbah selain bersalaman dengan orang ramai.

Pengerusi Masjid Ulul Albab, Ayub Jusoh


Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sembat bergambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Ulul Albab ketika berkunjung ke masjid itu pada 25 September 2020


Ayub dalam pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada orang ramai yang hadir menunaikan solat Jumaat pada tarikh tersebut meminta jemaah supaya pergi mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

Dr Zulkifili membaca khutbah di Masjid Ulul Albab Jertih - Gambar Facebook Dr Zulkifli


Malah, Dr Zulkifli menerusi hantaran Facebook miliknya turut  menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan segera.

Gambar-gambar Dr Zulkifili ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Ulul Albab Jertih


“Saya berdoa semoga Allah sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan dalam akaun rasmi Facebooknya

Dr Zulkifli turut memohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan dirinya, namun menegaskan program yang diatur akan tetap diteruskan pihaknya.

Tular  dalam media sosial mendakwa Menteri Agama itu sekembalinya beliau dari Sabah  sebanyak 10 lokasi turut dikunjumgi  oleh beliau. Antara yang dikaitakn termasuklah Pondok Pasir Tumbuh, YADIM Kelantan,Masjid Kayu Ulul Albab,Jertih, PPZ Wilayah Persekutuan, USIM, UITM, UKM,Darul Quran,Majlis Hafazan KAFA Kebangsaan dan Mesyuarat Kabinet.

Sementera itu, Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan satus COVID-19 di negeri itu sehingga Jam 12.00 tengah hari pada  5 Oktober 2020 terdapat pertambahan lima kes positif COVID-19.

 

 

TAMAT

2
2
9
1
3
You will be interested