Alam & Sains 18 Aug, 2020

Nasib baik ada GPS Tracker! Dapat cari motosikal kena curi!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PENGGUNAAN motosikal di ibu kota yang sentiasa sesak sepanjang masa sangat memudahkan, tidak perlu berdepan dengan kesesakan jalan raya mahupun membayar tol. Namun risiko bagi pemilik motosikal ini sangat tinggi apabila berdepan dengan kecurian, pantang lepa seminit pasti ghaib. Itulah realiti yang dilalui penghuni kota raya kita hari ini. : KitaReporters

PENCURI berjaya diberkas pasukan polis selepas pemilik mengesan lokasi motosikal melalui GPS Tracker. - Foto kredit @whaziqmahazir.


Lagi cerita-cerita berkaitan motosikal:

https://kitareporters.com/search?search=motosikal


Lebih-lebih lagi jika membawa motosikal model ‘panas’ yang menjadi kegilaan golongan muda hari ini.

Baru-baru ini, perkara sama berlaku kepada seorang pengguna motosikal yang berdepan detik mendebarkan apabila motosikal yang menjadi ‘kaki’ kepadanya selama ini hilang sekelip mata.

MOTOSIKAL miliknya dileraikan bagi memudahkan pencuri untuk menjual semula barangan berkenaan.


Kongsi @whaziqmahazir kejadian itu berlaku kira-kira 5 pagi pada semalam 17 Ogos 2020, namun dia bernasib baik motosikal itu berjaya dikesan semula selepas dua jam iaitu kira-kira 7 pagi di sebuah rumah di Bandar Kinrara 5, Puchong di Selangor.


Mengejutkan lagi, penemuan motosikal miliknya itu sudah bertukar menjadi rangka yang kemungkinan dilakukan si pencuri berkenaan bagi memudahkan penjualan semula barangan berkenaan.

Cepatnya si pencuri membuat kerja… dalam masa dua jam dah bertukar menjadi serpihan kecil motosikal tu!

Senangnya kerja kau!!!

Katanya, dalam penemuan tersebut dia bukan sahaja menemukan motosikal miliknya tetapi ada dua buah motosikal  model Y15  yang dipercayai dicuri dalam masa terdekat.


Dalam perkongsian berkenaan @whaziqmahazir itu berkata apa yang menyelamat dirinya mengesan semula lokasi motosikal itu disebabkan dia menggunakan GPS Tracker yang dipasang pada motosikalnya.

Alat yang dipasang dengan Sistem Penentududukan Global (GPS) itu sekali gus memudahkan tugas pihak polis mencari dan membantu mendapatkan motorsikal berkenaan.

Katanya lagi, dia berjaya mengesan lokasi motosikal berada sejak mulai dicuri melalui kemudahan teknologi berkenaan.

Mana mau lari lagi ha??? Teknologi kini di ujung jari saja!

Tak pasal-pasal masuk dalam la ko wahai pencuri!


Malah dalam perkongsian itu anak muda itu juga turut berkongsi dengan netizen model GPS Tracker yang digunakan dalan menyelamat hartanya itu.

Semoga perkongsian anak muda itu memberi panduan kepada kita semua pemilik motosikal di negara ini.

Maklumlah membeli sebuah motosikal bukan benda murah seharusnya kita lebih berhati-hati dan cermat menjaga ‘hayat’ kenderaan berkenaan dan tidak membuka peluang kepada individu tidak bertanggungjawab mencuri dengan mudah! - KitaReporters

5
3
0
0
0
You will be interested