Alam & Sains 19 Dec, 2021

Video| Bayi dari Sarawak ini dipuji kerana terlalu comel! Muka berbulu lebat tapi sangat unik!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


TIADA bayi yang dilahirkan tidak comel. Lagi-lagi bau seorang bayi yang baru lahir. 

Oleh sebab itu, jika ada bayi di rumah kita semua akan berasa sangat tenang dengan telatah mereka sejak hari pertama dilahirkan.

Tular foto seorang bayi yang sangat comel dan unik! jika dilihat rasa geram sangat pandang muka bayi ini.

Video bayi ini telah tular dalam TikTok kerana wajahnya yang sangat unik dan comel kerana mempunyai bulu yang lebat macam teddy bear.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi


Ada yang berpendapat bahawa bayi ini menghidap apa yang disebut sebagai hipertrikosis (sindrom werewolf) iaitu keadaan seseorang yang mempunyai bulu yang sangat lebat di seluruh tubuh badan. Namun begitu, tiada lagi kenyataan yang sahih dikeluarkan oleh pihak keluarga terutama daripada ibu bapa bayi comel itu berkenaan keadaan sebenarnya.

Jika dilihat dalam ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji bayi berkenaan dan geram melihat gelagat comelnya. Ada juga yang berkata pernah berjumpa dengan bayi ini bersama ibu bapanya di sekitar Sarawak.

Namun, ada juga yang berpendapat si bayi akan mengalami keguguran bulu pada bahagian mukanya apabila membesar nanti sedikit demi sedikit.



Tetapi keadaan yang sama akan terjadi kepada bayi ini tidak dapat dibuktikan kerana punca sebenar keunikan bayi ini belum diketahui. Walau apapun, bayi ini tetap manusia dan sangat comel. - KitaReporters


27
15
2
17
3
You will be interested