Alam & Sains 09 Mar, 2020

TUNDA TAYANG: 007 TEMUI LAWAN SEHEBATNYA??

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
AKIBAT wabak Covid-19 masih merebak ke seluruh dunia, penayangan filem siri ke-25 James Bond, 'No Time to Die' terpaksa ditunda. Daripada jadual asal diedar mulai 3 April 2020 di Britain,  8 April di Amerika Syarikat kemudian di China,  ia terpaksa ditunda kepada bulan November 2020. : KitaReporters 

Kredit foto: IG @notimetodie_007 ( https://www.instagram.com/notimetodie_007/)

Dengan penundaan selama kira-kira tujuh bulan itu, pihak pengeluar, MGM Studio terpaksa mengeluarkan dana antara AS30 juta hingga AS50 juta bagi tambahan promosi.

Jika diedar dan tayang pada November 2020, ‘No Time To Die’ akan bersaing dengan sebuah filem animasi keluaran Disney, ‘Raya and The Last Dragon’. 


‘No Time To Die’  adalah filem terakhir lakonan Craig Daniel, 52,  sebagai ejen perisik 007.

Craig  melakonkan watak pengintip legenda itu sebanyak lima kali.

Dia terpaksa menjalani pembedahan buku lali kecil selepas mengalami kecederaan di set penggambaran di Jamaica.

Menurut laporan agensi, Craig enggan lagi terbabit dalam filem berkenaan selepas lakonan terakhirnya dalam ‘Spectre’.

Kredit foto: IG OO7 (https://www.instagram.com/007/)


Craig pernah memberitahu Spectre adalah lakonan terakhirnya dalam sebagai 007.

Dalam pada itu, syarikat penerbitan filem itu, MGM Studio masih mengharapkan Craig berlakon sejak membawa watak Bond pada tahun 2005.

Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran lebih RM400 juta bagi membintangi dua lagi siri filem 007.


Difahamkan, Craig adalah pelakon yang dibayar paling tinggi untuk menjayakan watak Bond iaitu RM226 juta untuk empat filem.

Suami kepada selebriti Rachel Wiesz itu dilaporkan membawa keuntungan besar kepada MGM Studio iaitu sebanyak RM11 bilion, sekali gus menamatkan isu bankrap syarikat itu.

Selepas berita Craig menolak tawaran melakonkan watak James Bond tersebar, beberapa nama aktor dikaitkan sebagai pengganti antaranya Tom Hiddleston, Idris Elba dan Damian Lewis.


Dalam filem 007 ke-25 ini, Bond dipujuk untuk keluar dari persaraan oleh rakannya yang juga ejen CIA Felix Leiter untuk menjalankan misi bahaya menyelamatkan seorang saintis yang diculik, menurut ringkasan jalan cerita rasmi. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested