Alam & Sains 22 Mar, 2022

Sejarah tercipta! Bayi kembar usia 17 hari berjaya dipisahkan! Kejayaan pasukan doktor tempatan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


JIKA 20 tahun lalu, pasangan kembar, Ahmad dan Muhammad terpaksa diterbangkan ke Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi bagi melakukan pembedahan istimewa itu berikutan tiada pakar di dalam negara.

Namun kini sejarah tercipta di Malaysia, apabila pasukan perubatan tempatan berjaya menjalani pembedahan istimewa yang memisahkan pasangan kembar Siam yang bercantum di bahagian dada termasuk hati dan usus.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembedahan



Perkongsian istimewa itu dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang turut berkongsi berita gembira itu dalam laman media sosialnya dan menitipkan ucapan tahniah di atas pembedahan tersebut. 

Pembedahan tersebut diketuai Pakar Perunding Pembedahan Kanak-Kanak Hospital Tunku Azizah, Datuk Dr. Zakaria Zahari.

Malah beliau memaklumkan kebiasaannya pembedahan ini dilakukan pada umur 3 hingga 6 bulan.

Namun, pasangan kembar ini terpaksa menjalani pembedahan segera iaitu pada usia 17 hari disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’.



Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh menjadi tempat kelahiran bayi kembar pramatang ini pada usia 33 minggu kandungan ketika dilahirkan.

Malah, lebih enam pakar bedah kanak-kanak dari seluruh Malaysia terlibat pasukan bedah Dr. Zakaria, pasukan bius kanak-kanak yang diketuai oleh Dr. Intan Zarina dan Dr. Ruwaida.  

Turut terlibat ialah  20 orang jururawat serta staf dewan bedah kanak-kanak. 



Kongsinya lagi, bayi kembar istimewa itu berjaya dipisahkan dalam tempoh 66 minit tanpa komplikasi major. Kembar siam jenis Omphalophagus itu turut berkongsi hati namun organ lain didapati normal.

Kini, bayi kembar tersebut masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan telah ditempatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi.

Tahniah! Malaysiaku hebat! - KitaReporters


20
9
0
12
0
You will be interested