Alam & Sains 13 Apr, 2022

Masya-Allah! Roman Fedortsov jadi 'magnet' makhluk-makhluk laut yang aneh! Ditemui di utara Rusia!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

Roman Fedortsov. -  Sumber gambar-gambar : dailymail.co.uk  


Seorang nelayan Rusia menemui sejenis makhluk laut yang mempunyai rupa seperti seekor anak naga, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Roman Fedortsov, 39, menangkap ikan kod, haddock dan tenggiri menggunakan pukat tunda komersial dan kadangkala, pukatnya mencapai kedalaman sehingga 914 meter di bawah permukaan laut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pekerjaan nelayan


Sumber gambar-gambar : dailymail.co.uk  


Aktiviti menangkap ikan laut dalam itu menyaksikan Fedortsov kerap menemui haiwan aneh dan yang terbaharu, beliau menemui makhluk laut aneh yang digelar sebagai ‘anak naga baru menetas’ oleh pengguna media sosial.

Haiwan itu bagaimanapun dikenal pasti sebagai chimaera iaitu ikan rawan atau juga jerung hantu




Sumber gambar-gambar : dailymail.co.uk 


Fedortsov turut menemui makhluk laut lain yang kelihatan mirip dengan burger keju dan donat. Itu hanyalah tiga daripada pelbagai spesies laut pelik dan indah yang ditemui Fedortsov.

Disebabkan sering menemui spesis aneh dari dasar laut dan sering kongsikan dalam media sosial, maka Fedortsov menjadi terkenal dan sentiasa mendapat perhatian netizen dalam Internet kerana kerap memuat naik gambar hidupan laut luar biasa.

Menurut beliau lagi, kebanyakan hidupan unik itu berjaya didaratkan dari laut Norway dan Barents, utara Rusia.

Semua jenis ikan cantik dengan cara tersendiri. Saya tidak menganggap hidupan ini menakutkan atau hodoh,” kata Fedortsov. - KitaReporters


Roman Fedortsov

8
12
0
8
0
You will be interested