Alam Canggih 04 Apr, 2022

Mira Filzah tunjukkan! Peluang pekerjaan untuk ibu tunggal, ada anak kecil! Dilantik duta Coway!

@editor 1
Semua kenyataan akhbar/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com atau kita.reporters@gmail.com

Share this


PELUANG pekerjaan bagi ibu tunggal dan yang mempunyai anak kecil di rumah. Baru-baru ini, selebriti kesayangan ramai, Mira Filzah berpeluang untuk menjadi Cody (Coway Lady) untuk sehari, di mana dia mengikuti seorang Cody untuk menjalankan servis produk di rumah pelanggan. 

Dengan menjadi seorang Cody walaupun untuk tempoh sehari, Mira diyakini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengikutnya tentang peluang pekerjaan ini yang amat sesuai bagi ibu-ibu tunggal dan juga ibu yang mempunyai anak kecil di rumah

“Kami yakin ini merupakan cara terbaik untuk membantu ibu-ibu di luar sana yang mencari pekerjaan berpendapatan tinggi yang stabil. Mereka boleh menjadi bos dengan jadual kerja mereka sendiri dan pada masa yang sama mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga mereka,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Mira Filzah



Terdahulu, dalam satu kenyataan media, Coway Malaysia mengumumkan bahawa Mira telah dilantik secara rasmi sebagai duta jenama untuk syarikat itu

Menurut Choi, berganding bahu, dua nama terkenal ini akan berusaha mengubah kehidupan semua komuniti di seluruh negara, satu komuniti pada satu masa.

"Pelakon, model dan usahawan terkenal ini telah menambat hati rakyat Malaysia, dengan lebih 7.3 juta pengikut dalam akaun Instagramnya. Namanya kini menjadi sebutan ramai dan seperti Coway Malaysia, beliau sinonim dengan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia

"Dengan Mira menjadi sebahagian daripada keluarga Coway, syarikat Best Life Solution ini berharap kolaborasi ini akan mengukuhkan kedudukan jenama Coway di Malaysia dan menyediakan pengalaman yang lebih indah. 

“Kami teruja kerana selebriti kesayangan Malaysia ini sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kami dan kami yakin Mira sesuai menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama Coway Malaysia. 

"Mira bukan sahaja telah menempa nama di pentas seni tanah air, tetapi dia juga mempunyai ramai peminat dan pendiriannya sejajar dengan semangat ‘Cowayian’ kami.  

"Kami menjangkakan kerjasama ini akan dipenuhi dengan keterujaan, terutama daripada pelanggan setia kami yang juga merupakan peminatnya. Berganding dengan Mira, kami di Coway akan terus menambah baik kehidupan seluruh rakyat Malaysia demi masa depan yang lebih sihat, mesra alam dan indah,” kata Choi, dalam kenyataan tersebut.



Selain daripada itu, Choi berkata, Coway Malaysia juga ingin mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama yang bersesuaian untuk keluarga melalui kolaborasi ini, dengan produk dan perkhidmatan yang boleh menambah baik kehidupan keluarga Malaysia. Memandangkan Mira kini berbadan dua dan bakal memulakan lembaran baharu dalam hidupnya, beliau adalah orang yang paling ideal untuk berkongsi bagaimana Coway telah memainkan peranan dalam menambah baik kehidupan sehariannya semasa hamil dan juga kehidupan baru keluarganya pada masa depan.



“Saya berbangga untuk dipilih sebagai duta jenama Coway Malaysia dan saya tidak sabar untuk mengubah kehidupan orang ramai bersama Coway. Saya sudah lama menjadi peminat tegar produk Coway dan saya kagum bagaimana inovasi pintar mereka boleh mengubah kehidupan, menyenangkan dan membolehkan saya sekeluarga menikmati gaya hidup lebih sihat. 

"Saya sangat teruja untuk bekerjasama dengan Coway dan saya tidak sabar menunggu apa yang akan datang,” kata Mira yang baru sahaja menyambut hari jadinya pada 2 April 2022 lalu, dalam kenyataan media yang sama. 

Bersempena hari lahirnya itu, Coway Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Mira, dan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan. 

Kepada semua peminat Mira di luar sana, nantikan kempen dan produk menarik Coway yang bakal menampilkan Mira pada bulan-bulan akan datang. - KitaReporters


7
12
0
15
0
You will be interested

29 Julai: Hari Harimau Antarabangsa! 3 jenis Pak Belang pupus! Harimau Malaya juga bakal pupus!

Harimau Malaya yang jadi kebanggaan dan lambang jata negara bakal berdepan kepupusan jika tiada kesedaran manusia tentang nasib kelangsungan kehidupan harimau

Video| Kreatif atau kedekut? Tentu lenguh tangan penumpang sebelah! Guna tangan jadi wiper manual!

Tular video paparkan gelagat dua lelaki yang naiki kereta. Penumpang sebelah dilihat gerakkan wiper secara manual gunakan tali dibuat sendiri semasa hujan lebat
Nur Syamila Kamarul Arefin in Alam Canggih 5 days ago

Penduduk kecut perut! Ada 9 lagi kolam takungan di Gunung Inas, Kupang! Ada tanda-tanda nak pecah!

Selepas banjir kilat 4 Julai 2022 penduduk Kampung Iboi trauma kerana bimbang baki 9 kolam air yang setiap satunya sebesar padang bola di Gunung Inas pula pecah
Kartini Mohd Noor in Alam Canggih 6 days ago

Video| Baling menangis lagi! Banjir melanda semula! Kali ketiga dalam satu bulan! Penduduk bimbang!

Penduduk Baling sekali lagi dilanda dengan ujian bencana alam apabila hujan lebat selama beberapa jam sejak lewat petang 2 Ogos 2022 akibat banjir di 4 kampung
Jamliah Abdullah in Alam Canggih 1 week ago

Terima kasih #DIY4Universiti! Teruskan kit ujian percuma! Didik para pelajar untuk kekal selamat!

Mr DIY melalui inisiatif #DIY4Universiti edarkan 85,000 kit ujian percuma ke universiti tempatan selain didik para pelajar tentang kesedaran mencegah COVID-19
Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago