Alam & Sains 07 Jun, 2021

Berita Terkini| 15k suntikan vaksin Covid-19 sehari untuk warga WP! Guna Trak Vaksin Bergerak!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


INISIATIF Trak Vaksin Bergerak yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bermula 15 Jun 2021 ini, mampu memberi suntikan vaksin Covid-19 antara 15,000 hingga 20,000 dos sehari kepada warga Wilayah Persekutuan.

Langkah berkenaan merupakan empat strategi yang sedang dan akan dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi memastikan Wilayah Persekutuan mencapai imuniti kelompok lebih awal, iaitu menjelang akhir Ogos atau awal September 2021.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata sebanyak 40 Trak Vaksin Bergerak yang memenuhi kriteria sebagai klinik bergerak akan ke kawasan sasar termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) dan kampung tradisi.

“Trak itu juga akan memberi tumpuan kepada kawasan industri dan lokasi majikan mempunyai ramai pekerja dan kita akan mulakan projek rintis membabitkan prosedur operasi standard (SOP) susun atur supaya dapat dimurnikan bagi memastikan kadar kecepatan yang boleh dilakukan dari segi vaksinasi dan perkara berkaitan.

"Projek rintis akan dilakukan di kawasan perumahan, manakala yang kedua di tapak binaan dan melalui langkah ini, kita harap dapat membentuk SOP yang baik, selamat, berkesan dan paling penting, melipatgandakan proses vaksinasi," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian pada Isnin, 7 Jun 2021.

Bagi fasa pertama, Annuar berkata, sebanyak 10 Trak Vaksin Bergerak akan berfungsi dan akan ditambah sehingga September 2021 ini dan usaha lain bagi meningkatkan kadar vaksinasi di Wilayah Persekutuan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested