Alam & Sains 23 Jun, 2021

Berita Terkini| Pengambilan lulusan perubatan masih diteruskan! 23k doktor dilantik sejak 2016!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

BAGI tempoh Disember 2016 hingga 31 Mei 2021 lalu, seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 dilantik secara kontrak untuk menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib. - Kredit foto: say.com


PENGAMBILAN lulusan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan dan program itu masih diteruskan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sejak 1 Disember 2016 sehingga 31 Mei 2021 lalu, seramai 23,077 Pegawai Perubatan UD41 dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 789 daripada 2,544 pegawai dari Kohort Lantikan 1 Tahun 2016, Kohort Lantikan 1 Tahun 2017 dan sebahagian Kohort Lantikan 2 Tahun 2017 yang layak diperakukan pelantikan tetap telahpun ditawarkan pelantikan tetap.

“Sejak Disember 2016, pengambilan lulusan perubatan dilaksanakan secara kontrak berikutan kekangan perjawatan tetap dan membolehkan pengambilan dibuat tanpa lagi bergantung kepada kekosongan tetap yang terhad.

"Kontrak ditawarkan sehingga tiga tahun supaya mereka menjalani latihan siswazah dan kemudian disambung untuk tempoh dua tahun lagi bagi melengkapkan khidmat wajib," katanya menerusi satu kenyataan di Putrajaya pada Rabu, 23 Jun 2021.

Beliau mengulas mengenai pandangan yang dikemukakan oleh Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia supaya kerajaan meneliti semula pengambilan dan penempatan lantikan baharu lulusan perubatan untuk berkhidmat di KKM.

Selain itu pelantikan tetap dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa selaras dengan peraturan berkaitan perjawatan dan kewangan yang berkuat kuasa. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested