PEJAM celik pejam celik kita sudah menghampiri penghujung tahun 2020 dengan penuh suka dan duka. Walaupun dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, namun aktiviti media sosial boleh dikatakan tidak terjejas dengan serangan virus ini. Apatah lagi laman media sosial yang paling kerap dan paling popular digunakan oleh masyarakat dunia seperti platform video terbesar dunia, YouTube. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan YouTube:
https://kitareporters.com/search?search=youtube
Seperti kebiasaan, laman media YouTube akan mengeluarkan senarai bagi memperlihatkan 10 content creator (penerbit kandungan) paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2020, sebagai salah satu dapatan dari data tahunan yang mereka peroleh.
Bagi mereka yang gemar menonton YouTube, sudah tentu nama Isa Isarb tidak asing lagi. Untuk makluman umum, akaun YouTube Isa Isarb telah dinobatkan sebagai penerbit kandungan paling popular dan paling ramai disukai masyarakat Malaysia sepanjang tahun 2020 ini.
Isa Isarb merupakan seorang anak muda baru berusia lewat 20-an yang kerap menerbitkan video berunsur eksperimen sosial, lakonan santai dan video lagu, yang baru sahaja diperkenalkan olehnya pada tahun 2020.
Kredit foto: FB Isa Isarb
Berikut merupakan senarai penuh senarai penerbit kandungan paling popular di Malaysia untuk tahun 2020 ini di YouTube:
1) Isa Isarb (1.8j langganan)
2) Jess No Limit (19.6j langganan)
3) Sugu Pavithra (811k langganan)
4) Ebit Lew (903k langganan)
5) Alieff Irfan (3.01j langganan)
6) Che Nom (872k langganan)
7) Cikidot Channel (911k langganan)
8) Isaac Osman (940k langganan)
9) Azfar Heri (575k langganan)
10) Bella Khan (1.06j langganan)
B
Bagi berlaku adil dalam hal ini, Youtuber mengehadkan kepada golongan individu yang digelar Youtuber atau Content Creator sahaja dalam senarai berkenaan, dan tidak terpakai untuk syarikat-syarikat pengeluar atau penerbit video.
Difahamkan, YouTube mengguna pakai kaedah pengukuran jumlah tontonan video (total viewes) secara purata bagi penentuan senarai penerbit kandungan paling popular dalam YouTube, dan bukan berdasarkan jumlah langganan (subscribers).
Dalam senarai berkenaan juga terdapat seorang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang berada di kedudukan keempat sebagai individu paling popular dalam laman YouTube di Malaysia.
Ebit merupakan seorang mualaf berbangsa Cina yang rajin berdakwah menggunakan caranya yang tersendiri. Jika para pendakwah lain asyik menggunakan surau dan masjid sebagai platform untuk mengajak orang kembali ke Jalan Allah, Ebit pula menggunakan video YouTube, Facebook Live dan pergi ke ceruk-ceruk rantau untuk menyampaikan dakwahnya.
Selain itu, beliau juga terkenal sebagai seorang figura yang cukup pemurah dan pantas memberi pertolongan sekiranya ada pihak yang memerlukan bantuan.
Sedikit sebanyak dengan masyhurnya Ustaz Ebit di kedudukan keempat itu dapat menarik lebih ramai rakyat di negara ini untuk mendekati dan memeluk agama Islam. - KitaReporters