Alam & Sains 26 Oct, 2020

Kluster baharu COVID-19 di Terengganu! 4 premis TM ditutup!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

EMPAT daerah di Terengganu dikesan dengan kemunculan kluster baharu wabak COVID-19 sekali gus negeri tersebut mencatat jumlah pertambahan kes tertinggi dalam tempoh dua minggu. Selain itu, empat premis Telekom Malaysia Berhad (TM) Terengganu yang ditutup enam hari bermula hari ini, Isnin 26 oktober 2020. : KitaReporters 


Ibu Pejabat Telekom Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu ditutup lima hari 


Kluster baharu COVID-19 tersebut yang dikenali dengan Makekar yang dikesan di daerah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Marang. 

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23800) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 18 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, situasi semasa perkembangan COVID-19 di negeri ini merekodkan tujuh kes baharu sehingga jam 12 tengah hari pada 25 Oktober 2020.


Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Noor Azimi Yunus


Katanya, sejak penularan wabak COVID-19 pada Februari 2020 lalu, Terengganu mencatat 173 kes dan daripada jumlah itu 154 kes sudah sembuh manakala seorang meninggal dunia. 

“Ketika ini sebanyak 18 kes aktif COVID-19 sedang menjalani rawatan di Hospital Hulu Terengganu,” katanya.

Beliau berkata, pecahan kes mengikut  daerah pula Dungun mencatat kes tertinggi dengan 53 kes, diikuti Besut (48), Kuala Terengganu (27) Kuala Nerus (18),Kemaman (11), Setiu (8), Marang (7) manakala Hulu Terengganu kekal tiada kes.



Sementara itu, empat premis Telekom Malaysia Berhad (TM) Terengganu yang ditutup enam hari bermula Isnin, 26 Oktober 2020 hingga Sabtu 24 Oktober 2020 berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Pengarah Wilayah Timur TM Berhad, Mohd Yazid Abd Manaf berkata, premis itu adalah Pejabat TM Kuala Terengganu, TM Jalan Air Jernih, TM Jalan Pusara dan TM Medan Jaya.

Manakala, cawangan TM lain termasuk TMpoint masih beroperasi seperti biasa. 


Perkembangan  status COVID-19  mengikut daerah di Negeri Terengganu pada 25 Oktober 2020


"Penutupan ini bagi membolehkan kerja sanitasi dilakukan menurut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dan supaya kakitangan mempunyai kontak menjalani kuarantin. 

 "Kakitangan TM Terengganu yang bukan dalam fungsi kritikal pula diarah bekerja dari rumah sehingga 31 Oktober, sementara pelanggan TM pula digalakkan untuk berurusan secara dalam talian," katanya dalam kenyataan. 

 Mohd Yazid berkata, pengesanan kontak rapat secara terperinci kini sedang dilaksanakan KKM dan pihaknya menggalakkan mereka mengikut nasihat pihak berkuasa. - KitaReporters

4
6
13
1
2
You will be interested