Alam & Sains 29 Oct, 2020

800 PPE untuk Sabah! Usaha ibu bapa, guru, pelajar, banduan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MENYEDARI keperluan dan sokongan yang masih diperlukan petugas barisan hadapan, sebanyak 800 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) disumbangkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Briged Negaraku untuk dihantar kepada petugas di Sabah dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negeri berkenaan. : KitaReporters


SEORANG daripada sukarelawan Briged Negaraku mengangkat bungkusan yang berisi set kelengkapan PPE untuk dihantar ke sabah. Foto Ihsan Briged Negaruku.


Lagi cerita-cerita berkaitan PPE:

https://kitareporters.com/search?search=perlindungan+diri


Presidennya Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, kesemua PPE itu adalah hasil kerja tangan sukarelawan yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan pelajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan.

Lebih membanggakan set kelengkapan itu juga dihasilkan sendiri oleh banduan dari Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.

Alhamdullilah banduan pun turut menyumbang!

“Memandangkan kami tidak boleh memberi pertolongan dari sudut perubatan namun kami tetap mahu bantu jadi terhasil set kelengkapan yang dihasilkan beramai-ramai secara sebagai tanda solidarity bersama petugas barisan hadapan di sana.

“Kesemua set peralatan ini akan kami hantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalau dan Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.


Sebanyak 800 set PPE yang lengkap dibungkus kemas dimasukkan ke dalam kontena untuk dihantar ke Sabah bagi kegunaan petugas barisan hadapan di negeri berkenaan.


Terdahulu berlangsung penyampaian sumbangan berkenaan di Shah Alam, Selangor pada Rabu 28 Oktober 2020.

Beliau berkata, set PPE terdiri daripada pelitup muka, gaun dan pelindung kasut tersebut dihantar melalui kurier Pharmaniaga dan semuanya dijangka tiba di dua lokasi berkenaan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kesemua ini barangan keperluan ini dianggarkan bernilai RM25,000 namun apabila dihasilkan bergotong-royong sesama sendiri menjadikan nilai berkenaan tidaklah terlalu besar,” kongsinya lagi.


Khairul Nizam Mohd Sopery menyerahkan bungkusan set lengkap PPE  untuk dihantar ke Sabah ketika majlis penyerahan di Gudang Phamaniaga, Shah Alam, selangpr baru-baru ini.


Dalam pada itu, kesemua yang dilakukan adalah memberi semangat kepada petugas barisan hadapan selain menzahirkan rasa cinta kepada tanah air sendiri.

Khairul Nizam berharap dengan bantuan yang disalurkan itu dapat mengekang penularan Covid-19 yang semakin bertambah kes setiap hari, sekali gus meringankan petugas barisan hadapan dalam memberi rawatan kepada pesakit.

Benarlah kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan ini terbukti apabila ramai yang berganding bahu bersatu hati menolong seperti yang dilakukan Briged Negaraku.


SUKARELAWAN Briged Negaraku membuat penyerahan ke kontena untuk dihantar bagi kegunaan petugas barisan hadapan di Sabah.


Tahniah anak muda Briged Negaraku! Usahamu bukan sia-sia tapi memberi semangat dan membantu meringankan beban petugas di sana dalam memberi rawatan kepada pesakit.

Terdahulu, Briged Negaruku telah menghasilkan 25,000 unit Faceshield (Pelindung Muka) dan 700 set kelengkapan PPE yang diagihkan kepada hospital di seluruh negara yang bernilai RM300,000. - KitaReporters

5
0
0
0
0
You will be interested