BAGI wanita usia 45 tahun ke atas, mereka dianggap lewat untuk mengandung dan memiliki zuriat kerana dipercayai memberi risiko kepada bayi yang akan dilahirkan dan juga nyawa ibu tersebut. Namun berbeza dengan seorang warga emas dari Nigeria selamat melahirkan bayi pasangan kembar pada usia 68 tahun. : KitaReporters
MARGARET bersama suaminya, Noah Adeenuga memangku bayi kembar yang baru dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Lagos, Nigeria baru-baru ini. - Kredit foto: The Guardian Nigeria
Wow! Ini dikatakan sebagai rezeki…kita hanya merancang Allah yang menentukan semua ini.
Memetik satu laporan CNN, wanita yang dikenali Margaret Adenuga yang berkahwin selama 46 tahun telah mencuba pelbagai kaedah demi memiliki zuriat sendiri.
Malah dia mengakui dia dan suaminya tidak pernah berputus asa walaupun usaha mereka gagal.
Bagaimanapun tahun
lalu, pasangan itu menjalani empat kali rawatan kesuburan in-vitro (IVF), namun
tiga prosedur itu gagal sebelum Margaret disahkan hamil anak kembar.
Suaminya Noah
Adenuga, 77, berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 1974, tetapi
masih belum dikurniakan cahaya mata dan mahu menimang anak sendiri.
Noah yang juga
pesara juruaudit saham berkata, pasangan kembar itu selamat dilahirkan menerusi
pembedahan pada usia 37 minggu, 21 April 2020 di Hospital Pengajaran Universiti
Lagos (LUTH).
Dr Adeyemi Okunowo,
yang menyambut kelahiran bayi mereka berkata, sepasukan pakar membantu dalam
proses itu kerana hamil pada usia 40 tahun ke atas amat berisiko.
"Sebagai
seorang wanita berusia dan pertama kali bersalin, kita tahu proses ini berisiko
tinggi ditambah pula bayi kembar.
“Namun kami bernasib
baik kerana dapat menguruskan dengan baik sehingga dia selamat melahirkan bayi
yang sihat dan comel," kata Okunowo. - KitaReporter.