Alam & Sains 03 Apr, 2021

Video| Nyaris digilis! But kenderaan tak berkunci! Kanak-kanak terjatuh keluar daripada SUV!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

PINTU BUT KENDERAAN TERBUKA!... Pemandu kenderaan SUV warna putih tidak menyedari seorang penumpang kanak-kanak kecil tercampak keluar di atas jalan raya di China yang ketika itu sibuk dengan pelbagai kenderaan lain. - Kredit foto: india.com


Detik cemas dan mengejutkan berlaku apabila sebuah video menjadi viral dalam media sosial tentang seorang anak kecil tiba-tiba terjatuh dari belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) warna putih yang sedang bergerak tanpa disedari pemandunya.

Insiden yang mendebarkan itu seolah-olah satu adegan aksi ‘lagak ngeri’ (stunt) dalam sebuah filem telah dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan berlaku di salah satu jalan raya utama sibuk di China.

Lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan oleh pengguna Twitter Shirin Khan kerana video asalnya disiarkan oleh The Sun dan beliau pula berkongsi pada garis masanya (timeline) pada pertengahan Mac 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kanak-kanak

Komen pemilik tweeter Shirin Khan dengan bertanya bagaimana seorang anak kecil boleh terpelanting keluar daripada kenderaan yang dinaikinya.


Mujurlah pengguna-pengguna jalan raya segera menghentikan kenderaan mereka apabila terlihat seorang kanak-kanak tercampak keluar daripada pintu but kenderaan (SUV) serta terbaring di atas jalan raya sebelum berdiri semula dan kemudian berlari ke arah kenderaan yang dinaikinya.

Salah seorang ahli keluarga kanak-kanak itu kemudian bergegas melangkah keluar daripada kenderaannya serta berlari ke arah mangsa ketika seorang penunggang motosikal skuter cuba menghampiri kanak-kanak tersebut di tempat kejadian. 



“Bagaimana ia boleh berlaku?", tulis Shirin dalam ciapannya (Tweeter). Adakah pemandunya tidak menekan butang kunci keselamatan pintu SUV tersebut?

Banyak persoalan bermain pada minda orang ramai (netizen) kerana kejadian kanak-kanak kecil tercampak daripada kenderaan sering kali berlaku di mana-mana.

Di negara ‘Tembok Besar’ China ini, banyak kes telah dilaporkan oleh media-media tempatan tentang kejadian nahas jalan raya terutamanya melibatkan anak-anak kecil disebabkan kelalaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga mereka.



Antara komen-komen yang dilontarkan oleh warga maya tentang seorang kanak-kanak kecil yang tercampak keluar daripada kenderaan SUV milik keluarganya di China.


Dalam pada itu, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai reaksi komen yang berkaitan video tersebut dengan menzahirkan rasa terkejut, hairan dan bersyukur kerana kanak-kanak itu terselamat daripada kemalangan maut.

Malah, kebanyakan pembaca (media sosial) turut memberi nasihat dan mengingatkan ibu bapa atau penjaga untuk sentiasa mengunci pintu kereta mereka apabila membawa anak-anak kecil. 

Di Malaysia, pada 1 Januari 2020, pihak kerajaan telah menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CSR) demi menjaga keselamatan mereka ketika berada di dalam kenderaan. - KitaReporters


Sumber: 

https://twitter.com/i/status/1371705074611859456

https://www.indiatoday.in/trending-news/story/toddler-falls-from-moving-car-on-busy-road-in-viral-video-see-what-happened-next-1780017-2021-03-16

0
0
3
1
0
You will be interested