Naskhah klasik yang memaparkan watak adiwira Batman muncul buat pertama kali dalam sebuah komik yang diterbitkan pada 1939 berjaya dilelong dengan rekod bidaan AS$1.74 juta (kira-kira RM7.5 juta) di Washington, Amerika Syarikat.
Menurut agensi lelongan, Goldin Auctions, komik Detectif Comics No. 27, yang menampilkan pengembaraan unik The Batman pada muka depannya, adalah respons kepada watak adiwira Superman yang muncul dalam Komik Action No 1 yang diterbitkan 11 bulan lebih awal.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan media komik
Menurut laporan United Press International (UPI), ia hanya mempunyai enam muka surat, bagaimanapun itu sudah cukup untuk menyaksikan watak adiwira Batman berkembang sehingga menjadi legenda cerita rakyat serta mampu diganding dengan seloka penglipur lara budaya masyarakat yang mendirikan kesenian Amerika, berkisar pada sisi Bruce Wayne.
Naskhah itu adalah satu daripada 36 sampel yang diperoleh daripada komik keluaran Golden Age dan hanya enam naskhah yang lain mempunyai gred lebih tinggi iaitu 6.5.
“Bagi penggemar dan pengumpul koleksi komik, item berkenaan dianggap naskhah suci dalam kategori komik dan menjadi edisi pertama yang memulakan watak Batman serta menjadi punca kepada kegilaan terhadap adiwira itu,” kata Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Goldin Auctions, Ken Golden kepada CNN.
Sejak edisi berkenaan diterbitkan, Batman berkembang lebih daripada sekadar watak kartun. Ia benar-benar berkembang sehingga menjadi simbol harapan rakyat dan punca mengapa pengumpul koleksi ingin memilikinya. - KitaReporters
Kredit foto: IG oldbatmancomics