Alam & Sains 16 Nov, 2020

Jambatan terbelah dua! Wartawan, jurukamera nyaris terhumban

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

RETAK menunggu belah! Itulah pepatah Melayu bermaksud hanya menunggu masa sesuatu perkara atau kejadian akan berlaku pada bila-bila waktu. Begitulah situasi yang dialami seorang wartawan penyiaran dan jurukameranya yang tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian jambatan runtuh terbelah dua ketika membuat liputan secara langsung di lokasi kejadian banjir yang melanda di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS). : KitaReporters



Pada 12 November 2020, wartawan Fox46 dari Charlotte, Amber Roberts dan jurukamera, Jon Monte berada di Jambatan Hiddenite bagi membuat liputan kesan banjir akibat ribut tropika Eta yang berlaku di Alexander County, Carolina Utara.

Ketika jurukamera sedang merakamkan visual (secara langsung), penonton-penonton dapat melihat (dari kaca televisyen) keadaan jambatan tersebut yang melendut dan secara tiba-tiba runtuh akibat tekanan atau hentaman kuat air sungai yang mengalir deras dan menyebabkan pengguna jalan raya yang berada di situ lari bertempiaran.



Sedutan video kejadian jambatan runtuh yang dilaporkan oleh wartawan, Amber Roberts yang bertugas di lokasi kawasan banjir Carolina Utara, Amerika Syarikat. - Kredit video: Ihsan Fox46.


Ciapan akaun Tweeter Amber Roberts.


“Jalan dan jambatan kelihatan tidak stabil serta melengkung dan berkemungkinan akan tenggelam. Cuba lihat keadaan permukaan jalan jambatan ini, kamu lihat ia membentuk seperti kawah dan sedikit mendap ke bawah,” jelas Roberts.

Beliau cuba meneruskan lagi kata-katanya, tetapi diganggu apabila tiba-tiba jambatan itu runtuh dan terbelah dua.

Pada saat itu juga jurukamera hilang seketika rakaman visual yang difokuskan kepada jalan berlepek.

“Sungguh menakutkan,” jerit Roberts lalu beredar seketika dari jambatan itu sebelum runtuhan itu merebak lebih luas.

“Ok kita berundur dulu buat sementara selepas melihat keadaan jambatan itu terbahagi dua dan tenggelam dibawa arus sungai serta menghanyutkan serpihan runtuhan batu jalan.

“Syukur kami berdua selamat dan nyaris-nyaris ditimpa kecelakaan akibat jambatan runtuh yang sungguh menakutkan itu. Kami perlu bertenang dulu dan utamakan keselamatan sebelum meneruskan semula tugasan kami,” ujar beliau ketika tenang selepas kejadian malang itu.


Amber Roberts tetap meneruskan laporan berita kejadian jambatan Hiddenite runtuh akibat sungai deras ekoran ribut tropika Eta di Carolina Utara, Amerika Syarikat. - Kredit foto: FOX46 WJZY-TV


Walau bagaimanapun setelah dua jam berlalu, beliau serta rakan sekerjanya tetap terus berlintas langsung di lokasi kejadian dalam menyampaikan laporan berita terkini, hatta ketika itu keadaan cuaca buruk dan hujan.

Roberts dan Monte bukan sahaja merakamkan peristiwa buruk yang berlaku, tetapi ia juga merakamkan sejarah pengalaman sendiri  tentang detik-detik cemas sewaktu bertugas sebagai petugas media yang berdedikasi.

Amber Roberts adalah seorang wartawan yang berpengalaman luas dan telah berkhidmat sejak tahun 2017 dalam program FOX46 sebagai wartawan multimedia untuk WJZY-TV di tempat kelahirannya Charlotte, Carolina Utara.

Sebelum itu, beliau pernah bekerja sebagai wartawan WGHP Fox 8 News di Greensboro dan WCTI News Channel 12 di New Bern. 

Pengalaman pertama beliau sebagai wartawan penyiaran sewaktu berkhidmat sebagai wartawan di Capitol Hill untuk KNWA-TV di Fayetteville, Arkansas. - Kitareporters


Sumber:

https://www.independent.co.uk/news/world/americas/bridge-collapse-north-carolina-tv-reporter-b1722585.html

0
6
0
0
1
You will be interested