Alam & Sains 30 Apr, 2022

Tolong kami! Bantu penduduk! Semua mesin ATM di Besut kehabisan wang tunai! Dah empat hari kering!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Orang ramai beratur untuk mengeluarkan wang tunai dari mesin ATM. - Gambar hiasan


AGAK sukar untuk mempercayai semua perkhidmatan mesin ATM membabitkan tiga pekan utama di seluruh daerah Besut, Terengganu kehabisan wang tunai, tetapi itulah keadaan sebenar yang sedang dihadapi penduduk di daerah terbabit. 

Keadaan bertambah parah kerana kejadian itu berlaku bukan sehari tetapi masalah tersebut dialami pelanggan-pelanggan bank sejak Rabu, 27 April 2022 lagi.

Penduduk terutama umat Islam yang memerlukan wang untuk berbelanja bagi persiapan menghadapi sambutan Aidilfitri tidak berapa hari lagi kini buntu kerana tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM.


Lagi

Keadaan di sebuah bank yang hanya tinggal mesin dan tiada pelanggang berurusan disebabkan kehabisan wang.



Ketika ini ada sembilan bank perdagangan menyediakan perkhidmatan mesin ATM yang disediakan iaitu masing-masing lima di Bandar Jertih, dua di Kota Putera dan dua di Kuala Besut.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan semua perkhidmatan terbabit termasuk yang disediakan di stesyen minyak tidak mempunyai wang untuk dikeluarkan.


Pelanggan sedang mencuba nasib mengeluarkan wang dari mesin ATM di sebuah bank di Bandar Jertih


Orang ramai tiada tempat untuk mengadu kecuali menggunakan media sosial bagi melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan apa yang sedang berlaku.


Keluhan penduduk melalui Media Sosial


Penduduk, Abdullah Jusoh, 45, berkata, beliau hairan kerana pihak bank tidak bertindak untuk memasukkan wang ke dalam mesin ATM sedangkan ia amat diperlukan pada musim perayaan.

Katanya, keadaan bertambah sukar kerana kaunter bank tidak beroperasi sepenuhnya disebabkan cuti umum berbanjang pada minggu ini dan hanya dibuka sehari pada Isnin 2 Mei 2022 sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri pada Selasa 3 Mei 2022.


Media Sosial sebagai tempat netezen mengadu


Memetik komen netezen dalam media sosial ada yang beranggapan kehabisan wang di mesin ATM di daerah Besut mungkin disebabkan terlalu ramai perantau sudah pulang bercuti di kampung.



Pemberitahuan mengenai masalah dihadapi oleh mesin ATM di sebuah bank


Ada pula yang beranggapan kejadian itu berlaku berpunca daripada individu yang mendapat wang dari pengeluaran KWSP, bayaran gaji, bonus pekerja sektor awam dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). 

Sehubungan itu, penduduk meminta pihak terbabit segera mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai untuk mengeluarkan wang  bagi menghadapi sambutan Aidilfitri. - KitaReporters


Seorang pelanggan mencuba nasib mengeluarkan wang dari mesin ATM

10
13
2
11
3
You will be interested